Lepas Seronok Main 2 Kolam, Kini PAS Main 2 Logo

Lepas Seronok Main 2 Kolam, Kini PAS Main 2 Logo

Lepas Seronok Main 2 Kolam, Kini PAS Main 2 Logo

Pengarah Pilihanraya PAS pusat yang juga Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor, pernah berkata, PAS boleh menggunakan sama ada logo bulan atau pun logo PN dalam pilihanraya.

Menurut beliau, penggunaan logo adalah penting dalam mana-mana pilihan raya kerana ia mempunyai rahsia tersendiri termasuk memberi kesan psikologi kepada pengundi.

“Sebelum ini ada pandangan kita guna logo PN seperti di PRN Melaka dan Johor, tetapi kali ini perlu ada perbincangan lagi untuk kita putuskan logo akan digunakan”.



“Semalam saya ada di Kelantan, dan PAS Kelantan berpandangan lebih sesuai guna logo PAS”.

“Dan negeri lain mungkin boleh guna logo PN”.

“Logo ada rahsianya kerana ia boleh melambangkan kita dalam pakatan yang memberi kesan keyakinan rakyat”.

“Begitu juga jika PAS guna logo gambar sendiri, ia turut memberi kesan psikologi”.



“Pada saya dua-dua boleh digunakan, namun bergantung kepada perbincangan lanjut”.

Sebelum ini, Mursyidul Am PAS, Hashim Jasin memberi bayangan berkemungkinan parti itu menggunakan logo imej bulan.

Ini berikutan dakwaan pengundi keliru ketika ia digunakan pada PRN Melaka dan Johor.

Bagaimanapun, Presiden PAS, Hadi Awang dalam kenyataannya menegaskan PAS masih menggunakan logo PN.

Bagi Hadi, cadangan Hashim adalah pandangan peribadi beliau.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/06/970132/dua-dua-boleh-pakai

Pada pandangan kami, mungkin selepas seronok bermain 2 kolam, kini PAS melangkah setapak lagi dengan bermain 2 logo pula.

Apa yang sangat diharapkan adalah agar PAS tidak mencuba 2 jantina pula di dalam dunia politik.

Bukan apa, bukankah LGBT adalah haram di dalam Islam…

 

Lepas Seronok Main 2 Kolam, Kini PAS Main 2 Logo

 

Di Syorkan Untuk Anda:

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker