Mayat juruterbang helikopter terhempas ditemui pasukan penyelamat di bahagian kokpit

TAPAH – Mayat juruterbang helikopter Eurocopter EC120B yang dilaporkan hilang dari radar di sekitar Hutan Simpan Chikus, di sini, ditemukan pasukan Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sekitar pukul 9.30 pagi ini.

Mayat Tsz Kin Richard Chan, 58, ditemukan pasukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) di bahagian kokpit helikopter sebelum dibawa keluar pada pulul 10.12 pagi.

Ketua Polis Perak, Datuk Mohd. Yusri Hassan Basri berkata, mangsa adalah warganegara Hong Kong dan bekerja dengan syarikat swasta penerbangan berkenaan.

Mohd Yusri berkata, Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM) memaklumkan pasukan TUDM menjumpai lokasi nahas di Hutan Simpan Chikus pada pukul 9.30 pagi sebelum krew helikopter TUDM turun ke lokasi lima minit kemudian.

“Mayat mangsa kemudian dibawa keluar menaiki helikopter dan dihantar ke padang Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Anderson, Ipoh dan dibawa menaiki ambulans ke Hospital Raja Permaisuri Bainun (HRPB) Ipoh.

“Krew TUDM memaklumkan mangsa disyaki telah meninggal dunia di lokasi nahas,” katanya kepada pemberita dalam sidang akhbar di Balai Polis Bidor, di sini, hari ini.

Mohd. Yusri turut memaklumkan keluarga mangsa telah dimaklumkan mengenai tragedi berkenaan dan pihaknya akan menunggu laporan bedah siasat yang akan dijalankan.

“Mangsa dibawa ke hospital dan kita menunggu laporan daripada pihak hospital, baru kita akan tahu tahap kecederaan dialami mangsa,” katanya.

Semalam, Menteri Pengangkutan Datuk Seri Wee pplKa Siong mengumumkan CAAM mengesahkan sebuah helikopter jenis Eurocopter erputus hubungan dengan Pusat Kawalan Trafik Udara di Kuala Lumpur pada pukul 12.16 tengah hari.

Menurut Ka Siong, helikopter berkenaan dilaporkan berlepas dari Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz, Subang pada pukul 11.37 pagi sebelum terputus hubungan 39 minit kemudian dengan menara kawalan udara.

© Utusan Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker