Maryam Nawaz Sharif Ketua Menteri wanita pertama di Pakistan

Oleh – Syeikh Baran


Maryam Nawaz Sharif Ketua Menteri wanita pertama di Pakistan
Maryam Nawaz Sharif – FOTO AFP

Naib Presiden Parti Liga Muslim Pakistan-Nawaz, Maryam Nawaz Sharif, muncul Ketua Menteri wanita yang pertama di Pakistan sejak negara ini mencapai kemerdekaan pada 1947.

Maryam, 50, dilantik sebagai Ketua Menteri bagi wilayah Punjab, hari ini, menurut Speaker Dewan Perwakilan, Malik Muhammad Ahmad.

Selepas pelantikannya, Maryam berucap pada sidang dewan dan berikrar untuk meningkatkan projek pembangunan, membawa pembaharuan dalam bidang kesihatan dan pertanian, serta memudahkan sektor perniagaan. – BERNAMA-XINHUA

Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker