Mesyuarat tahunan Parti Makkal Sakti ke14 rayu Perdana Menteri bubar Parlimen.

Oleh Adam Malik

Agak meriah juga mesyuarat Parti Makkal Sakti ke14 yang berlansung di WTC , Kuala Lumpur semalam.

Lautan baju seragam warna oren bertambah meriahkan lagi suasana mesyuarat parti Makkal Salti dengan hadirin datang dari merata tanah air termasuk dari Sabah memenuhi ruang dewan.

Presiden Makkal Saki Datuk Seri RS Thanenthiran kelihatan begitu gembira serta bersemangat dengan kehadiran Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.



Namun Thanenthiran turut merasa  sedih tanpa kehadiran mantan Perdana Menteri serta kawan baiknya Datuk Seri Najib Razak.

Ini bagaimanapun terubat dengan kehadiran anak perempuan Bossku ,Yana Najib 

Dalam ucapan Thanenthren sempat merayu Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri agar percepatan bubar Parlimen.

Ini dianggap bukan sahaja kehendak dan pendirian Makkal Sakti bahkan kehendak parti2 dalam Barisan Nasional juga.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker