Hani Suefyan dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan rakan

Hani Suefyan dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan rakan

Hani Suefyan dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan rakan

KOTA TINGGI: Hani Suefyan Hanizam, 16, yang masih hilang ketika mandi-manda di Pantai Batu Layar, di sini semalam, dikatakan cuba menyelamatkan rakannya yang dilihat lemas sebelum dia gagal dikesan, manakala rakan itu pula meninggal dunia.

Bapanya, Hanizam Hashim, 47, berkata dia difahamkan demikian oleh saksi kejadian terbabit yang memaklumkan anak sulung daripada tiga beradik itu sedang cuba menyelamatkan rakannya, sebelum turut sama lemas.

Katanya, dia sedang berada di Muadzam Shah, Pahang kerana bekerja dan mendapat maklumat kejadian menimpa anaknya itu kira-kira jam 4 petang.

“Selepas dapat berita, saya bergegas pulang dan terus ke pantai sebelum tiba kira-kira jam 8 malam. Saya memang tunggu di sini, mana tahu anak saya ‘balik’. Ahli keluarga lain menumpang di rumah saudara di Felda Air Tawar 1.

“Saya dimaklumkan oleh pengunjung di sini yang melihat kejadian itu, anak saya mandi bersama lima rakan dan seorang daripada mereka sudah naik ke darat kerana kekejangan.

“Tak lama kemudian mereka lihat anak saya cuba menyelamatkan seorang rakan yang lemas sebelum dia turut ditarik ombak dan hilang,” katanya ketika ditemui di pantai Batu Layar di sini, hari ini.

Menurutnya, kali terakhir dia berjumpa anaknya itu pada minggu lalu sebelum ke Pahang bekerja sebagai pengurus ladang.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Saya hanya balik pada hujung minggu, jadi memang jarang jumpa dia. Kali terakhir kami berjumpa dia seperti biasa sahaja, tak tunjuk apa-apa perubahan. Saya juga dimaklumkan oleh ibunya, dia meminta izin untuk ke Mawai, namun tak tahu pula boleh sampai ke pantai ini,” katanya.

Semalam, media melaporkan seorang remaja ditemui mati lemas, manakala seorang lagi masih hilang dan turut dikhuatiri lemas ketika mandi-manda di pantai Batu Layar.

Dalam kejadian jam 1.26 petang itu, Mohamad Imran Mohd Nazir, 17, dilaporkan meninggal dunia, manakala Hani Suefyan masih belum ditemui.

Sementara itu, gerakan mencari dan menyelamat (SAR) Hani Suefyan masih giat dijalankan, namun setakat jam 12.30 tengah hari tadi, masih belum menemui sebarang petunjuk sepanjang operasi dalam keadaan cuaca mendung dan laut bergelora.

Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintendan Hussin Zamora, berkata operasi SAR disambung semula jam 9 pagi tadi dengan radius pencarian di darat sehingga dua kilometer sepanjang pantai dan 0.5 hingga dua batu dari pantai.

Tanah runtuh: 100 orang dikhuatiri tertimbus di Batang Kali

Hani Suefyan dikhuatiri lemas ketika cuba selamatkan rakan

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Setelah Gagal Dalam PAU 2022, ROS Pula Cuba Di Gunakan

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker