Pakai Baju Sedondon Ke Konsert, Netizen Dakwa Watie Kekasih Shuib?

Sebelum ini, penyampai radio Shuib mengakui sedang mengenali seseorang namun hubungan belum di tahap serius.

Terbaharu, netizen mula menghidu hubungan Shuib dengan seorang usahawan yang dikenali dengan nama Watie Hanifiah.

Menerusi sebuah video di TikTok, pemilik akaun @farahana2506 menggabungkan (compile) foto Shuib dan Watie mengenakan warna pakaian yang sama.

Pada konsert Anuar Zain & Ziana Zain Live In Kuala Lumpur 2022 yang diadakan Ogos lalu, Shuib dan Wanie dilihat sedondon mengenakan warna kuning mustard.

Tidak cukup dengan itu, Shuib dan Watie memakai jaket berwarna hitam ketika konsert Anniversary Tour 30 Years Of Dewa 19 pada Jumaat. Ada yang mendakwa kedua-duanya duduk bersebelahan ketika menonton konsert.

Menjengah ke Instagram (IG), warganet mula membanjiri dan meninggalkan pelbagai komen.

Sementara itu, hasil pemerhatian OhBulan!, pemilik nama lengkap Shahmira Muhamad dilihat ‘like’ beberapa hantaran di IG Watie.

Selain itu, Watie juga mengikuti akaun ibu tiri Allahyarham Siti Sarah Raissuddin, Siti Fatimah Suberi.

Terdahulu, penyanyi Siti Sarah Raisuddin meninggal dunia pada 9 Ogos tahun lalu selepas melahirkan anak keempatnya, Ayash Affan dalam keadaan dijangkiti virus Covid-19.

Hasil perkahwinan bersama pada tahun 2011, mereka dikurniakan empat orang cahaya mata, Uwais Alqarni, 10, Dzahira Talita Zahra, 8, Ariq Matin, 6, dan Ayash Affan yang kini berusia setahun satu bulan..

 

 

@farahana2506 betul ke shuib dgn watie?? #fyppppppppppppppppppppppp #fypシ #fypp #pelitfyp #tiktoktravel #shuib #shuibsepahtu ♬ Dj Salira Ayeuna Ayana Dimana – Midua Cinta – DJ AURA X

 

@farahana2506

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker