‘Parti orang ramai tak suka’, kenapa Umno pula nak kerjasama, soal penganalisis



PETALING JAYA: Umno tidak wajar bekerjasama dengan PAS berikutan parti Islam itu dilihat semakin tidak disukai ramai, termasuk dalam kalangan orang Melayu dan Islam sendiri.

Penganalisis politik Mohammad Agus Yusoff berkata, kenyataan-kenyataan PAS dilihat hanya beranggapan mereka betul dan menggunakan dalil yang bersesuaian dengan kehendak mereka turut menyebabkan orang Melayu menjauhi PAS.

“Perkara ini menyebabkan orang Melayu turut benci dengan PAS. Rakyat melihat sendiri betapa teruknya PAS menunggang agama; prestasi teruk PAS di negeri yang mereka perintah; pemimpin PAS bercakap tanpa adanya hala tuju jelas; dan betapa tidak berdayanya menteri-menteri PAS dalam jemaah menteri.

“Rakyat tak nampak apa khazanah ditinggalkan oleh PAS dalam perjuangannya untuk negara pada hari ini melainkan hanya untuk memecahkan pemikiran orang Melayu dan Islam,” katanya.



Justeru, Agus berkata hanya pemimpin Umno yang percaya bahawa mereka akan kalah (dalam PRU15) sekiranya tidak bersama PAS sahaja akan masih mahukan kerjasama dengan parti berkenaan, manakala pemimpin Umno yang berpegang kepada prinsip Umno pasti menolaknya.

“Pemimpin Umno yang berpegang kepada semangat perjuangan asal Umno pasti tidak mahu bekerjasama dengan PAS, kerana PAS bukan lagi seperti dahulu iaitu sebuah parti yang mahukan negara kebajikan (dan) meraikan orang bukan Melayu di Malaysia…pada hari ini PAS berpolitik tanpa memahami realiti semasa,” katanya.

Selain itu, Agus juga membayangkan PAS akan kalah pada PRU15 sekiranya bertanding sendirian atau bersama Bersatu dalam Perikatan Nasional (PN), selain turut membayangkan parti itu bakal kehilangan tampuk penguasaan di Kedah dan Terengganu.

“Kalau di Terengganu dan Kedah, hayat PAS sebagai kerajaan negeri akan berakhir kerana tiada apa-apa perkara yang membanggakan dibawa oleh PAS di kedua-dua negeri tersebut,” katanya.





Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker