Penubuhan GTA Bukti Mahathir ditolak rakyat.

 

Oleh Adam Malik 

Amat berlainan pula pandangan Ibrahim Ali terhadap kritikan orang ramai berkenaan platform baru politik Mahathir Gerakan Tanah Air (GTA)

Orang ramai perlekehkan dan pandang remeh kepada penubuhan GTA yang dikepalai oleh Tun Mahathir.

 Ia rentetan kekalahan teruk jenama Mahathir Ketika bertanding menggunakan “outfit” Parti PEJUANG di PRN Johor.



Rakyat memandang PEJUANG sebagai Parti dipimpin oleh ‘ubat habis tempoh’ yang enggan berundur.

 

Datuk Ibrahim Ali setara Mahathir yang boleh digelar sebagai “spent bullet”.

Namun , kerana negara mengamalkan demokrasi , maka itu hak Mahathir dan Datuk Ibrahim untuk buat apa sahaja asal tidak melanggari undang2.

Dalam kenyataan Datuk Ibrahim Ali baru2 ini , beliau menyatakan kritikan pelbagai pihak telah membuat Gerakan Tanah Air semakin popular dan diterima rakyat.



Itu hanya andaian Ibrahim sahaja. Sesiapa pun berhak untuk bermimpi.

 

Jika GTA diterima pun ia sekadar menyuruh penyokong2 PERKASA dan ahli PUTRA , IMAN dan BERJASA menyerapkan diri masuk menyokong GTA.

Sebaliknya, kerana Mahathir ditolak oleh rakyat lah beliau terpaksa tukar ‘modus operandi’ baru dengan pergunakan Parti PUTRA ,NGO PERKASA dan IMAN pula.

Ia akibat semua parti besar sudah enggan bekerjasama dengan Mahathir kerana tidak boleh dipercayai.

Dipercayai juga Mahathir akan lebih banyak memakai songkok dan baju Melayu dalam ceramah akan datang.

Sama seperti Lee Kuan Yew mula hendak memikat hati orang Melayu di Singapura satu Ketika dulu.

Semua kenal Mahathir, berpuluh tahun dia menyeru orang Melayu membenci dan menolak DAP, malah menggelar orang melayu yang menyokong DAP sebagai pengkhianat , namun apabila Mahathir terdesak , dia terus menunggang DAP untuk kepentingan Politik peribadinya.

Dengan mencipta alasan terus Mahathir mencium mulut DAP.

Dengan alasan juga Mahathir serah jawatan Perdana Menteri kepada Muhyiddin Yassin setelah memungkir janji pegang jawatan dua tahun dan serah kepada Anwar.

Mahathir sentiasa ada alasan untuk apa sahaja.

Jika Mahathir boleh menzalimi UMNO yang dia dapat jawatan Perdana Menteri 22 tahun , apa lah sangat perdajalkan Pakatan Harapan yang baru menyokong nya 22 bulan sahaja.

Parti UMNO yang ditunggang oleh Mahathir selama 22 tahun pun Mahathir mahu hancurkan dengan alasan yang dia sendiri cipta , apa lagi nanti setakat kuda barunya PUTRA dan PERKASA.

Mahathir sebenarnya ‘common enemy’ untuk semua parti yang ada dalam Malaysia.

Tiada siapa lagi mahu bersama Mahathir, melainkan parti atau gabungan yang ‘nothing to loose’ semacam PUTRA dan PERKASA.

Rakyat sedang memikirkan parti mana yang boleh hidang kepada mereka tawaran terbaik, dan bukan lagi pihak yang hanya pandai cerita tentang skandal dan keburukan orang lan seacam Mahathir.

GTA akan ditolak atas sebab Mahathir ada bersamanya.

Jika ada Mahathir tiada siapa yang untung melainkan Mahathir sahaja.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker