‘ABAH’ AKAN TUMBANG KETIKA PEMBENTANGAN BAJET 2021?

‘ABAH’ PANGGIL MESYUARAT KABINET UNTUK ‘COVER’ DIRI?

Muhyiddin Yassin

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin membuat mesyuarat khas kabinet bagi membincangkan isu politik negara yang mengalami sedikit kekalutan mutakhir ini.

Menurut laporan portal The Vibes mesyuarat khas berkenaan dipercayai bagi membincangkan situasi pandemik Covid19 selain membincangkan sokongan semua parti untuk memastikan kerajaan Perikatan Nasional kekal berkuasa.

‘Abah” dijangkakan akan berdepan ujian besar menjelang pembentangan Bajet 2021 pada 6 November akan datang. Beliau akan berdepan tekanan daripada Pakatan Harapan serta tekanan daripada bekas PM Ke-7 Tun Mahathir dan Parti Pejuang.

Sebagai rekod, Muhyiddin merupakan Perdana Menteri yang mempunyai sokongan paling tipis dalam sejarah politik Malaysia (112 -114 kerusi) berbanding dengan Anwar Ibrahim yang mendakwa mempunyai 121 sokongan ahli parlimen. Sebarang kegagalan dalam pembentangan Bajet 2021 akan menjejaskan sokongan kepercayaan terhadap Muhyiddin sekligus membolehkan Undi Tidak Percaya dilakukan dalam parlimen sekaligus menumbangkan Perikatan Nasional.

Adakah Anwar Ibrahim akan berjaya mempengaruhi ahli parlimen untuk menumbangkan Muhyiddin kali ini sekaligus merealisasikan impian Reformasi sejak 1999? Walau Presiden Umno, Dato Seri Ahmad Zahid Hamidi membuat kenyataan ‘Genjatan Politik’ bagi menumpukan perhatian terhadap masalah Covid19, ia tidak bermakna PPBM boleh memberi tekanan kepada Umno/BN sesuka hati mereka. Perlu diingatkan penubuhan Perikatan Nasional hanya berpegang kepada sokongan ahli parlimen BN dan bukan kerjasama politik dengan Umno.

KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)

 

KERTAS PUTIH FELDA – LAPORAN FORENSIK MENGELIRUKAN (EPISOD 3.25)

 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker