PU Syed dituduh bersikap ‘double standard’

Gara-gara tidak bantah Konsert Dewa 19

PU Syed dituduh bersikap ‘double standard’
PU Syed dituduh bersikap ‘double standard’
PU Syed konsisten bersuara mencegah sebarang aktiviti kemungkaran
PENDAKWAH bebas iaitu Pencetus Ummah (PU) Syed menafikan dirinya bersikap berat sebelah dalam menentang penganjuran konsert penyanyi luar negara di Malaysia.Menurut PU Syed atau nama sebenar Syed Mohd Bakri Syed Ishak, 40, dia konsisten bersuara mencegah sebarang aktiviti kemungkaran yang berlaku dalam negara ini.PU Syed bagaimanapun memberitahu dia tidak mampu mengawal atau menghalang konsert itu daripada berlangsung kerana tiada kuasa untuk berbuat demikian.

“Ramai orang memerli kita bila kita tak tegur atau berlakunya sesuatu konsert… mereka kata mana PU tak tegur, double standard!

“Saya nak sebut untuk adik kakak sekalian, bukan kerja saya untuk melihat setiap hari mana konsert nak dibuat di Malaysia. Itu bukan kerja saya untuk cari.

“Apa yang kita maklumkan akan berlaku sesuatu perkara, kita cuba cegah tapi kemampuan kita terhad, anda semua tahu. Siapa la kita untuk ada kuasa mencegah secara total menyekat perkara mungkar itu,” katanya.

PU Syed dituduh bersikap ‘double standard’
PU Syed menafikan dirinya bersikap berat sebelah.

PU Syed berkongsi mengenai perkara itu menerusi laman Instagram miliknya pada Sabtu.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Dia turut memuat naik paparan skrin komen yang ditulis netizen di akaun Instagram mStar yang memintanya menegur konsert Dewa 19 yang berlangsung pada malam Jumaat.

“Yang ni PU tak nak tegur ke? Parti politik Islamik tak nak buat demonstrasi dan rusuhan bantah konsert ni ke? Jangan double standard dan pilih pilih,” tulis netizen berkenaan.

Dalam pada itu, PU Syed berkata mencegah kemungkaran bukan terletak dibahu pendakwah semata-mata.

Sebaliknya, ia menjadi tanggungjawab umat Islam bersama.

PU Syed dituduh bersikap ‘double standard’
Mencegah kemungkaran bukan terletak dibahu pendakwah semata-mata.

“Ada yang perli kata saya double standard dalam menegur dan mencegah, ini semua tak benar! Saya tak ada kuasa, hanya mencegah melalui lisan. Tak adil kata begitu (double standard).

“Kalau anda tahu, anda perlu menegur dan mencegah perbuatan tersebut agar tidak berlaku. Jangan harapkan ustaz-ustaz sahaja. Kita semua perlu kedepan dalam mencegah kemungkaran ini,” jelasnya.

Sebelum ini, PU Syed secara terbuka membantah penganjuran konsert kumpulan Kpop popular, iaitu Blackpink yang dijadualkan berlangsung di Kuala Lumpur pada 4 Mac tahun depan.

Apa yang menjadi pendebatan netizen adalah ada yang menuduh pendakwah bebas ini tidak menegur dan membantah konsert-konsert penyanyi tempatan dan luar negara lain seperti Dewa serta Noah.

UUM tidak sorok fakta kematian penuntut

PU Syed dituduh bersikap ‘double standard’


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker