Rafizi mahu penjarakan Ismail Sabri jika segerakan pilihan raya

Ugutan Rafizi bukti PH akan manipulasi sistem kehakiman jika menang PRU15

 

Oleh: Ahmad Wira Mahat

Ugutan yang dibuat oleh Timbalan Presiden PKR, Rafizi Rami yang dibuat dalam program ceramah malam tadi menunjukkan pembangkang tiada masalah untuk manipulasi sistem kehakiman untuk meyumbat pemimpin Barisan Nasional (BN) ke dalam penjara.

Kata-kata Rafizi dalam ceramah berkenaan yang diadakan di Taman Melawati, Gombak secara jelas ditujukan kepada Perdana Menteri Datuk Ismail Sabri Yaakob dan para pemimpin UMNO dan BN.

Selain itu, ugutan yang dibuat oleh beliau juga hanya menunjukkan PKR takut hendak berdepan Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 jika diadakan tahun ini.

Nampak sangat, dalam ceramah berkenaan Rafizi mendedahkan bahawa pembangkang akan sesuka hati mempergunakan sistem kehakiman hanya untuk menghapuskan pemimpin-pemimpin BN.

Dalam program ceramah Rapat Mega Keadilan itu, Rafizi kononnya beri amaran kepada kerajaan yang dipimpin oleh Perdana Menteri Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob bahawa jika kerajaan membubarkan Parlimen dan mahu adakan pilihan raya pada tahun ini, mereka akan disumbat ke dalam penjara.

“Saya nak beritahu nak beritahu kepada rakyat Malaysia kepada Datuk Seri Ismail Sabri lagi lama kamu ratib nak masuk pilihan raya, lagi dekat kita nak masuk tengkujuh, lagi besar peluang Keadilan untuk menang pilihan raya.

“Sebab itu malam ini kita tunjukan, minggu depan kita tunjukan, minggu lepas itu kita tunjukan kalau kamu berani panggil pilihan raya masa banjir, kamu panggil. Insya-Allah kami sumbat kamu dalam penjara lepas pilihan raya,” kata Rafizi pada tanda masa 14:45 minit video ceramah berkenaan. 

Bagi PKR, membuat pelbagai janji yang gah dan ekstrem didengar sebelum PRU adalah tradisi biasa parti itu.

Sama ada PKR mahu mencapai sesuatu atau takut sesuatu, itulah tujuan ejen PKR, Rafizi membuat pelbagai ugutan seperti itu.

Rafizi tahu jika PRU15 diadakan pada tahun ini juga, PKR tampak jelas akan kalah dek kerana rakyat sudah jelak dengan perangai PKR hanya memburukkan Barisan Nasional (BN) dengan tujuan terus menghancurkan parti itu.

Paling jelas ketakutan pembangkang ialah fitnah yang terus dibuat kepada bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak walaupun Ahli Parlimen Pekan itu sudah pun menjalani hukuman penjara selama 12 tahun di Penjara Kajang berkaitan kes syarikat SRC International.

Hatta beliau sudah di dalam penjara pun, Najib masih ditohmah dan dituduh dengan fitnah. Jabatan Penjara juga terpalit apabila pembangkang mendakwa Najib tidak berada di dalam sel sebaliknya ditempatkan di dalam sebuah rumah di dalam kawasan penjara.

Sebenarnya bukan pemimpin BN yang perlu disumbat masuk ke dalam penjara, tapi sebenarnya banyak kes melibatkan pemimpin pembangkang yang perlu dibuka semula, dan dibicarakan serta dihadapkan ke muka pengadilan seterusnya dihukum jika bersalah.

Banyak kes melibatkan pemimpin Pakatan Harapan (PH) yang digugurkan ketika PH menjadi kerajaan selepas PRU ke-14 perlu dibuka semula dan diadili dengan betul tanpa mempergunakan sistem perundangan negara ini.

Ugutan yang dibuat Rafizi juga jelas memperlihatkan PKR tidak memandang tinggi pada sistem kehakiman tetapi mereka akan menggunakannya ikut kepentingan parti.

Kalau PKR dan PH menang, tidak mustahil mereka akan segera melantik Peguam Negara yang boleh ikut telunjuk mereka dan akan memperlakukan apa sahaja merikut apa yang mereka mahu.

Parti seperti ini tidak wajar diberi peluang langsung dalam PRU15 nanti kerana mereka hanya bertanding dan mahu menang untuk melakukan perkara yang tidak elok kepada pemimpin lain bukan berbakti kepada rakyat.

FAM akan segerakan gerak kerja untuk skuad kebangsaan jalani latihan pusat

Rafizi mahu penjarakan Ismail Sabri jika segerakan pilihan raya


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

 

FAM akan segerakan gerak kerja untuk skuad kebangsaan jalani latihan pusat

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker