Biadab, bibik Elvina ambil botol susu anak guna kaki

Oleh – Syeikh Baran


Biadab, bibik Elvina ambil botol susu anak guna kaki
Elvina kini lebih kerap memantau kamera litar tertutup (CCTV) ketika anak di bawah jagaan pembantu rumah baharu.

Trauma berdepan insiden pembantu rumah melarikan diri sebelum ini, pelakon Datin Elvina Mohamad bersyukur anak kesayangannya yang ditinggalkan di rumah berada dalam keadaan selamat.

Ujar Elvina atau nama sebenarnya Norzalina Mohamad, 29, dia dan suami, Datuk Mohd. Haniff Borhan enggan memanjangkan isu memandangkan mereka masih belum dapat mengesan lokasi pembantu rumah atau bibik terbabit.
 
“Saya dan suami fikir dari sudut positif, mungkin Allah nak ganti dengan perkara lebih baik dan syukur, anak selamat tapi kalau jadi apa-apa pada anak, saya cari sampai lubang cacing. Macam mana pun laporan tetap perlu dibuat.
 

Enggan pisang berbuah dua kali, ibu kepada dua cahaya mata itu kini lebih kerap memantau kamera litar tertutup (CCTV) ketika anak di bawah jagaan pembantu rumah baharu.

Pun begitu, perkara sama turut berlaku apabila pembantu rumah baharu juga berkelakuan sama apabila hanya bersikap baik di hadapan majikan tetapi di belakang sebaliknya.

“Malah, bibik baru ini pun depan saya baik tapi apabila periksa CCTV dia boleh ambil botol susu anak pakai kaki.

Sebelum ini, Elvina meluahkan rasa bengang apabila pembantu rumah melarikan diri dan tanpa rasa bersalah meninggalkan anaknya berusia sembilan bulan sendirian di rumah.

Menurutnya, dia tidak menyangka pembantu rumah yang dilayan dengan begitu baik akan melakukan perkara sedemikian.

Elvinda dan Haniff, 38, berkahwin pada 18 Mac 2018 dan mereka dikurniakan dikurniakan dua orang cahaya mata lelaki.

Sumber – KOSMO! ONLINE

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker