Real Madrid menang 4-1 Mallorca

MADRID: Vinicius Junior meledak jaringan pada lima perlawanan berturut-turut ketika Real Madrid bangkit daripada ketinggalan untuk menewaskan Real Mallorca 4-1 dalam aksi La Liga sebentar tadi seterusnya mengekalkan rekod sempurna mereka pada permulaan musim.

Mallorca mendahului menerusi Vedat Muriqi pada minit ke-34 tetapi Federico Valverde menyamakan kedudukan buat tuan rumah pada penamat babak pertama menerusi larian solo menarik.

Vinicius meletakkan Real di depan 18 minit sebelum tamat sebelum jaringan lewat Rodrygo dan Antonio Rudiger melengkapkan kemenangan kelima berturut-turut dalam liga ketika skuad kendalian Carlo Ancelotti kembali di atas Barcelona.

“Vini ialah pemain istimewa, cara dia bermain dan karektor dimilikinya,” kata Ancelotti. “Dia ada kualiti menakjubkan.

“Perlawanan itu amat sukar kerana beberapa sebab. Cuaca agak panas, kami melepaskan gol hasil sepakan bola mati… Semua boleh dijangka, tetapi kami akhirnya berjaya menukar permainan.”

Madrid beraksi tanpa penyerang yang cedera, Karim Benzema, yang juga pemain pilihan untuk anugerah Ballon d’Or bulan depan yang diketepikan kerana kecederaan paha ketika aksi Liga Juara-Juara mengatasi Celtic.

“Pasukan dapat mengatasi masalah ketiadaan Karim. Ia adalah tonik tambahan yang menambah keyakinan,” kata Ancelotti. “(Tapi) kami berharap dia akan kembali secepat mungkin.”

Madrid ketinggalan apabila Muriqi menanduk masuk sepakan percuma ke penjuru gawang.

Kemenangan memberikan Real 15 mata selepas menang semua lima perlawanan, dua di depan Barcelona, yang menang mengatasi Cadiz 4-0 semalam.

Rodri menjaringkan gol tunggal ketika Real Betis mengatasi Villarreal 1-0 seterusnya membawa pasukan itu ke tangga ketiga.

Athletic Bilbao kini kelima selepas kemenangan 4-1 berdepan pasukan tangga kedua terbawah Elche, manakala Getafe meraih kemenangan pertama selepas mengatasi Real Sociedad 2-1.

AFP

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker