TMJ jumpa RMS

KUALA LUMPUR: Pemilik Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim (JDT), Tunku Ismail Sultan Ibrahim mengadakan pertemuan dengan Raja Muda Selangor (RMS), Tengku Amir Shah Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj.

Menurut kenyataan di laman Facebook rasmi kelab JDT, JOHOR Southern Tigers, pertemuan Tunku Ismail bersama RMS yang juga Pengerusi Selangor FC bagi membincangkan mengenai cara untuk menambah baik bola sepak Malaysia.

“Tunku Ismail Sultan Ibrahim, Tunku Mahkota Johor (TMJ) dan pegawai Kelab Bolasepak Johor Darul Ta’zim mengadakan satu perjumpaan dengan delegasi Selangor FC yang diketuai Tengku Amir Shah Ibni Sultan Sharafudin Idris Shah Alhaj, Raja Muda Selangor di Kuala Lumpur hari ini.

“Kedua-dua kelab saling berkongsi idea berkaitan cara untuk menambah baik liga Malaysia, pembangunan belia dan bola sepak secara keseluruhan.

“Tujuan perjumpaan ini juga adalah untuk mengeratkan hubungan antara Johor dan Selangor. Luaskan Kuasamu Johor,” jelas kenyataan itu.

TMJ melakukan transformasi dalam kelab JDT dan berjaya meraih pelbagai kejuaraan sejak 2013 dengan yang terbaharu muncul juara Piala FA buat kali kedua selepas menewaskan Terengganu FC 3-1, semalam.

Pencapaian lain termasuk Harimau Selatan pernah memenangi Piala AFC pada 2015 serta bersaing di peringkat tertinggi Asia, Liga Juara-Juara Asia (ACL).

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker