Tok Mat Hassan Belum Tentukan Bertanding Parlimen Mana, Yang KJ Menggelabah, Dah Kenapa?



Tok Mat Hassan Belum Tentukan Bertanding Parlimen Mana, Yang KJ Menggelabah, Dah Kenapa?

Tok Mat Hassan Belum Tentukan Bertanding Parlimen Mana, Yang KJ Menggelabah, Dah Kenapa?

Minggu lepas Timbalan Presiden UMNO, DSU Mohamad Hasan @ Tok Mat, membuat kenyataan bahawa beliau akan bertanding di kerusi parlimen dalam PRU 15.

Hujah Tok Mat jelas, sebagai Timbalan Presiden UMNO sudah sampai masanya untuk beliau berada di peringkat pusat.

Ini akan membolehkan beliau menyumbang dengan lebih berkesan kepada negara dan parti.



Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/996298/pru-15-tok-mat-umum-tanding-peringkat-parlimen-pertahan-kerusi-dun

Ahli parlimen Rembau, Khairy Jamaluddin @ KJ, dengan segera memberikan respon atas kenyataan Tok Mat.

Berita Harian melapurkan, KJ mendakwa kononnya ada ‘arahan’ supaya beliau mengosongkan kerusi parlimen Rembau untuk memberi laluan kepada Tok Mat.



Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/996462/pru-15-kj-diminta-kosongkan-kerusi-rembau

Malah KJ sendiri dikatakan bahawa beliau tidak akan bertanding di parlimen Rambau kerana ‘taat’ kepada keputusan parti.

Baca di sini:



https://www.astroawani.com/berita-politik/pru15-khairy-sahkan-tidak-bertanding-di-rembau-beri-laluan-kepada-tok-mat-379378

Lalu tersebar berita bahawa kononnya KJ sekarang sedang mencari kerusi parlimen yang sesuai untuk beliau bertanding.

Antara yang disebut adalah kerusi parlimen Kuala Pilah.

Baca di sini:



https://www.malaysiakini.com/news/634879

Tetapi akhirnya Tok Mat mengakui bahawa beliau sudah buat keputusan untuk bertanding di peringkat parlimen.

Tetapi menurut Tok Mat, beliau belum putuskan di parlimen mana beliau akan bertanding.

Jadi spekulasi yang mengatakan beliau akan bertanding di parlimen Rembau adalah tidak betul.

Sebagai orang parti, sudah pasti Tok Mat Hasan akan akur dengan keputusan parti untuk mencalonkan beliau di parlimen mana yang dirasakan sesuai.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/220673/berita/politik/tok-mat-belum-putus-bertanding-kerusi-parlimen-mana

Pada semakan kami dari kenyataan-kenyataan yang pernah Tok Mat buat, kami dapati apa yang dikatakan Tok Mat adalah benar.

Kekeliruan yang berlaku adalah kerana sikap gelojoh dan ‘over acting’ dari pihak KJ sendiri.

Kesimpulannya, Tok Mat cuma menyatakan hasrat untuk bertanding di peringkat parlimen, yang KJ menggelabah puyoh, dah kenapa?

 

Tok Mat Hassan Belum Tentukan Bertanding Parlimen Mana, Yang KJ Menggelabah, Dah Kenapa?

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker