Saka tak bimbang ‘diserang’ burnout

Saka tak bimbang ‘diserang’ burnout

Saka tak bimbang ‘diserang’ burnout
SAKA sedia menyahut cabaran Arteta untuk bermain 70 perlawanan bersama Arsenal sepanjang musim ini. – AFP

LONDON – Bintang Arsenal, Bukayo Saka menyahut cabaran pengurusnya, Mikel Arteta untuk bermain 70 perlawanan musim ini tanpa peduli mengenai masalah kelesuan melampau (burnout) yang boleh menyerang dirinya.

Saka, 22, bermain semua perlawanan dengan The Gunners musim ini kecuali satu aksi sahaja ketika menewaskan Manchester City 1-0 disebabkan me­ngalami masalah hamstring.

Ketahanan fizikal pemain sayap England itu menjadi aset utama buat Arsenal yang di­jangka kekal menurunkannya menentang West Ham United pada aksi pusingan keempat ­Piala Liga Inggeris (EFL) di Stadium London awal pagi esok.



“Lihat semua pemain hebat di dunia, mereka bermain 70 perlawanan dan setiap tiga hari tetapi masih membawa perubahan memenangi perlawanan. Jika saya mahu berada pada tahap itu, saya juga perlu lakukannya.

“Saya rasa tidak mustahil kerana saya seorang yang suka berada di atas padang. Saya akan berikan yang terbaik setiap kali diturunkan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Isu telur tembelang MRSM Kuala Klawang disiasat


“Saya tak pernah terfikir me­ngenai burnout, cumanya tiada apa yang saya dapat lakukan kalau saya mengalami kecederaan. Jika itu berlaku, saya terpaksa akur tidak dapat bermain,” kata Saka.

Penyerang utama, Gabriel Jesus hampir pasti tidak beraksi menentang West Ham kerana belum pulih daripada masalah hamstring, begitu juga Jurrien Timber yang masih menjalani pemulihan Anterior Crucia­te Ligament (ACL). – AGENSI



Saka tak bimbang ‘diserang’ burnout


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Gerakan jatuhkan Muhyiddin sudah bermula?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker