Wanita BN Melaka Yakin Menang PRU15

AYER KEROH – Barisan Nasional (BN) mempunyai keyakinan tinggi untuk menang, seterusnya mengembalikan semula kestabilan negara menerusi Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15 akan datang.

Ketua Wanita BN Melaka, Datuk Latipah Omar berkata ini berdasarkan kesiapsiagaan parti dan anggota jentera sebagaimana Wanita BN Melaka yang berada pada tahap cukup baik termasuk hasil dari Pilihan Raya Negeri (PRN).

“Saya berkeyakinan penuh sempena PRU yang akan datang ini kesiapsiagaan Wanita BN Melaka memang diakui dan telah melampaui lebih 75 peratus.

“Sikit-sikit kita akan ‘top up’ terutama sekali pengundi-pengundi muda dalam  mencari dan memberikan penerangan kepada mereka,” katanya kepada UMNO Online.

Beliau yang juga Ketua Wanita UMNO Melaka menyokong amanat yang diberikan oleh kepimpinan parti untuk BN menang pada PRU 15.

“Insya-Allah… Wanita BN akan usaha semaksima untuk memenangi kerusi Parlimen termasuklah di Parlimen Kota Melaka. Ini kerana BN pernah menang Parlimen Kota Melaka, itu adalah sejarah dan kemungkinan besar BN akan memenanginya.

“Paling penting Wanita BN Melaka harus melipatgandakan usaha dan mendekati lebih kepada pengundi-pengundi baharu dan menjaga pengundi lama. Pengundi lama kena kekal status putihnya dan bagi pengundi yang baharu harus ke arah mencari yang terbaik,” ujarnya.

UMNO Online

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker