143 kawasan di Sabak Bernam, satu di Hulu Selangor alami gangguan air

SABAK BERNAM: Sebanyak 143 kawasan di wilayah Sabak Bernam dan satu kawasan di wilayah Hulu Selangor mengalami gangguan bekalan air tidak berjadual bermula malam ini.

Ia susulan insiden kebocoran paip di jajaran paip air terawat di Loji Rawatan Air (LRA) Bernam River Headworks (BRH), Hulu Selangor.

Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor) menerusi aplikasinya memaklumkan, henti tugas sementara LRA BRH dilakukan pada jam 10 malam ini.

“Pelaksanaan kerja ini bakal menyebabkan gangguan bekalan air tidak berjadual di 143 kawasan di wilayah Sabak Bernam dan satu kawasan di wilayah Hulu Selangor.

“Bekalan air dijangka pulih sepenuhnya pada jam 8 pagi Rabu ini,” katanya hari ini.

Air Selangor berkata, pihaknya sedang berusaha dan mengambil tindakan perlu bagi mempercepatkan pemulihan bekalan di kawasan terjejas.

“Makluman dan status terkini gangguan akan dikemaskini dari semasa ke semasa.

“Untuk bantuan kecemasan, sila hubungi kami di talian 15300,” katanya.

BHOnline

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker