Ahli Parlimen minta TNB tangguh potong bekalan elektrik penduduk Bagan Serai

BAGAN SERAI – Ahli Parlimen Bagan Serai, Datuk Dr. Noor Azmi Ghazali meminta Tenaga Nasional Berhad (TNB) menangguhkan operasi memotong bekalan elektrik rumah penduduk di kawasan ini yang mempunyai bil tertunggak.

Noor Azmi yang juga Timbalan Menteri Kesihatan berkata, operasi pemotongan bekalan elektrik ke atas akaun yang tertunggak di Daerah Kerian selama empat hari bermula semalam mendapat rungutan daripada penduduk Bagan Serai.

β€œRamai penduduk membuat aduan ke Pusat Khidmat Parlimen tentang perkara itu kerana operasi memotong bekalan elektrik itu seolah-olah tidak bertimbang rasa terhadap mereka.

β€œPenduduk mengadu menghadapi masalah kewangan yang menyebabkan mereka terpaksa menangguhkan pembayaran bil utiliti itu,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Perbincangan Meja Bulat Yayasan Pulau Orang Utan di Bukit Merah (YPOUBM) Laketown Resort di sini hari ini.



Turut hadir Pengerusi YPOUBM, Datuk Dr. Abdul Latif Mohamad.

Menurut Noor Azmi, penduduk yang menangguhkan pembayaran bil utiliti itu termasuk ada yang mencecah sehingga RM3,000 mendakwa mereka antara yang terjejas disebabkan Covid-19 dan ada yang baru sahaja memulakan kehidupan selepas terkesan dengan pandemik itu.

β€œSudah tentu kewangan mereka masih belum stabil sebab itu ramai yang tidak mampu membayar bil utiliti sekali gus,” katanya.

Sehubungan itu beliau memohon TNB menyusun semula kaedah pembayaran bil yang tertunggak bagi meringankan bebas penduduk terlibat.



Β© Utusan OnlineΒ 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker