Truffle Antara Makanan Termahal Dunia

 

Hanya beberapa hirisan truffle hitam dalam hidangan di restoran Perancis mampu mencecah ribuan ringgit Malaysia.

Manakala truffle putih Itali pula lebih mahal dari truffle hitam. Harganya 3 kali ganda mahal dari truffle hitam Perancis. Ianya menjadi mahal kerana sering diseludup untuk dipasarkan berdasarkan permintaan.

 

Bayangkan dengan harga RM 130,000 untuk 100 gram truffle. Mahal? Berbaloikah jika anda mahu nikmati keenakan truffle?

Truffle

Ia sejenis kulat yang tidak boleh ditanam kerana truffle adalah kulat liar dan semulajadi. Tumbuh sepenuhnya di bawah tanah dan di bawah akar pokok tertentu seperti oak, poplar,bic dan spesis tertentu.

 

Kulat ini membekalkan nutrien kepada pokok dan mendapat gula yang dihasilkan pokok melalui proses dari cahaya matahari. Oleh demikian kedua-dua truffle dan pokok mendapat manfaat.

 

 

Ketulan truffle mempunyai bau yang kuat dan boleh dihidu haiwan yang dilatih untuk mencari truffle liar. Apa yang membuatnya mahal ialah kerana truffle hanya tumbuh di bawah tanah tertentu dan akar pokok tertentu sahaja.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker