Xiaomi 13 Dijangka Akan Dilancarkan Sebagai Xiaomi 14

Seperti diketahui, Xiaomi dijangka melancarkan siri andalan seterusnya di China tidak lama lagi. Syarikat itu juga telah mengesahkan siri tersebut akan hadir dengan janaan cip pemproses Snapdragon 8 Gen 2.

Sebagai urutan, siri peranti andalan Xiaomi pada tahun ini dikhabarkan akan dipanggil sebagai Xiaomi 13, memandangkan varian tahun lepas dinamakan sebagai Xiaomi 12. Bagaimanapun, melalui imej tertiris yang didakwa adalah kotak bungkusan peranti itu memperlihatkan nama siri yang berbeza, iaitu Xiaomi 14 berbanding Xiaomi 13.

Kotak bungkusan itu jelas menunjukkan nama Xiaomi 14 berserta paparan jenama Leica. Selain nama pemasaran bagi siri itu, imej lain yang dikongsi di Weibo turut mendedahkan beberapa spesifikasi utama bagi model asas dalam siri itu.

Melalui imej yang dimuat naik dengan tangkap layar “About Phone” dalam peranti itu juga jelas memperlihatkan penjenamaan Xiaomi 14. Peranti ini mempunyai 12GB RAM dan sistem operasi Android 13 dengan MIUI 14.

Nombor model 2211133C itu juga adalah sepadan dengan pensijilan 3C di China. Cip pemproses pula mempunyai kelajuan maksimum 3.2GHz, yang menunjukkan ia mungkin adalah cip Snapdragon 8 Gen 2.

Buat masa ini, tidak dapat disahkan sama ada benar siri ini akan membawa nama sebagai Xiaomi 14, atau sebaliknya Xiaomi 13. Juga, belum diketahui tarikh pelancarannya. Sehingga itu, nantikan pengumuman daripada Xiaomi menjelang pelancaran tidak lama lagi.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker