Lori pasir terbabas langgar kereta

6 sekeluarga maut

Lori pasir terbabas langgar kereta

Lori pasir terbabas langgar kereta
Kemalangan lima kenderaan yang menyebabkan enam sekeluarga maut di lokasi kejadian petang semalam. NSTP/Ahmad Ismail

SEGAMAT: Kemalangan yang menyebabkan enam sekeluarga maut dan dua parah di Kilometer 5, Jalan Segamat-Kuantan, petang semalam, berpunca daripada sebuah lori pasir hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan dan bertembung dengan kereta dinaiki mangsa.

Ketua Polis Daerah Segamat, Superintendan Ahmad Zamry Marinsah, berkata kemalangan yang berlaku kira-kira jam 6.37 petang berhampiran loji Petronas itu membabitkan lima kenderaan iaitu kereta Honda HRV, PERODUA Alza, PROTON Wira, PERODUA Bezza dan sebuah lori Mercedes membawa muatan pasir.

Beliau berkata, mereka yang maut akibat parah di kepala ialah pemandu PERODUA Alza, Amir Ruddin Ismail, 46; isterinya, Norahimah Noor Muhamad, 43; anaknya Fatimatulzahrah, 17; Seri Khadijah Aqilah,13; Rufaidatul Asyariyah, 10, dan Muhammad Assyakrawi, 5.

Lori pasir terbabas langgar kereta
Enam sekeluarga maut yang maut dalam kemalangan. – Foto ihsan IG komunitisegamat

Katanya, seorang lagi anak Amir Ruddin yang juga penumpang kereta sama, Abdullah,15, dan pemandu lori sedang dirawat di Hospital Segamat akibat parah di dada dan badan.

“Kemalangan dipercayai berlaku apabila kereta Honda HRV yang sedang bergerak dari arah Kuantan menghala ke Segamat memperlahankan kenderaannya kerana di hadapannya terdapat kerja pembaikan jalan raya.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Gabenor Bank Negara tidak tahu matawang Denmark


“Ketika itu, sebuah lori membawa muatan pasir yang sedang bergerak dari arah Kuantan menghala ke Segamat dipercayai gagal membrek dan hilang kawalan lalu melanggar bahagian belakang Honda HRV terbabit dan sebuah PROTON Wira yang sedang berhenti.

“Lori pasir itu kemudian memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta PERODUA Alza dinaiki enam sekeluarga itu yang menyebabkan mangsa maut,” katanya di sini, hari ini.

Ahmad Zamry berkata, semua jenazah mangsa dibawa ke Jabatan Forensik Hospital Daerah Segamat untuk tindakan susulan dan kes itu disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Beliau berkata, polis turut meminta kerjasama saksi yang mempunyai maklumat kejadian itu supaya menyalurkannya kepada Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik Segamat (BSPTD) menerusi talian 079325811 atau balai polis berhampiran.

Sementara itu, tinjauan di Jabatan Forensik sehingga jam 8.05 pagi ini mendapati belum ada waris terdekat yang hadir.

Lori pasir terbabas langgar kereta

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker