Gopal Sri Ram Kata Keadaan DS Najib Agak Teruk, KKM Kata DS Najib Sihat, PM Membisu Seribu Kata

Gopal Sri Ram Kata Keadaan DS Najib Teruk, KKM Kata DS Najib Sihat, PM Membisu Seribu Kata

Gopal Sri Ram Kata Keadaan DS Najib Teruk, KKM Kata DS Najib Sihat, PM Membisu Seribu Kata

Semalam perbicaraan kes 1MDB yang melibatkan mantan Perdana Menteri, DS Najib terpaksa ditangguhkan.

Hakim perbicaraan, Hakim Collin Lawrence Sequerah, bersetuju untuk menangguhkan perbicaraan sebelah petang untuk membolehkan DS Najib mendapat rawatan kesihatan di hospital.

Hakim memberikan persetujuan itu selepas dimaklumkan oleh Timbalan Pendakwaraya, Gopal Sri Ram bahawa keadaan kesihatan DS Najib teruk dan perlu mendapatkan rawatan segera.



Pegawai Khas DS Najib, Muhamad Mukhlis Maghribi berkata:

“Doktor menemui beberapa ulser baharu dalam perut DS Najib berdasarkan ujian yang dijalankan pada Sabtu”.

“Doktor di HKL telah membuat biopsi yang menyebabkan sedikit pendarahan”.

“Beberapa ulser terpaksa dipotong untuk menghentikan pendarahan”.



“DS Najib meminta untuk membuat pemerhatian di HKL tetapi ditolak dan doktor melepaskannya (keluar hospital)”.

“Doktor telah menukar ubat-ubatannya daripada biasa yang beliau makan selama bertahun-tahun dan menghantarnya pulang ke Kajang”.

“Pagi ini, ujian oleh pembantu perubatan menunjukkan bahawa tekanan darah beliau adalah tinggi dan berbahaya akibat perubahan ubat yang diberikan”.

Baca di sini:

1) https://www.sinarharian.com.my/article/220909/berita/semasa/tekanan-darah-najib-tinggi-bahaya-akibat-tukar-ubat

2) https://www.hmetro.com.my/utama/2022/09/881045/tukar-ubat-keadaan-najib-agak-teruk

Dr Noor Hisham Kata DS Najib Sihat

Gopal Sri Ram Kata Keadaan DS Najib Teruk, KKM Kata DS Najib Sihat, PM Membisu Seribu Kata

Tetapi realiti yang berlaku ke atas DS Najib semalam adalah sangat jauh berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan, Dr Noor Hisham Abdullah.

Malaysiakini melapurkan Dr Noor Hisham berkata keadaan DS Najib adalah sihat.

“Keadaan beliau juga sihat sebelum dibenarkan discaj daripada HKL”.

Hisham juga mendakwa, ubat yang diberikan oleh DS Najib adalah sama dengan ubat yang beliau ambil sebelum ini.

“Dimaklumkan juga bahawa jenis-jenis ubat yang dipreskrib semasa kemasukan wad adalah yang sama jenisnya dan dalam senarai ubatan KKM,” dakwa Hisham.

Baca di sini:

https://www.malaysiakini.com/news/635524

Kenyataan Dr Hisham Berbeza Dengan Keadaan Sebenar

Ada beberapa persoalan yang timbul dari kenyataan Hisham dengan realiti yang berlaku.

Pertama, menurut Hisham keadaan DS Najib adalah sihat dan atas asas itu doktor di HKL menolak permintaan DS Najib supaya rawatan lanjut diberikan di hospital.

Apakah selepas beberapa ulser di usus DS Najib dipotong, SOP Kementerian Kesihatan menetapkan pemerhatian lanjut tidak diperukan dan pesakit boleh diisytiharkan sihat?

Kedua, mengapakah kenyataan dari pembantu perubatan berbeza dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Hisham?

Pembantu perubatan mengesahkan tekanan darah tinggi DS Najib naik kerana terdapat perubahan ubat darah tinggi yang dibekalkan oleh HKL.

Apa penjelasan Hisham mengenai kenyataan yang diberikan oleh pembantu perubatan tersebut?

Lebih menyedihkan lagi, tiada sebarang kenyataan yang diberikan oleh Perdana Menteri atau Menteri Kesihatan.

Dalam politik, kedua-dua mereka adalah dari parti politik yang sama, parti UMNO.

Apakah bagi kedua-dua mereka beranggapan bahawa apa yang berlaku terhadap kesihatan DS Najib hanyalah sandiwara semata-mata?

Baca di sini:

https://www.facebook.com/shirul74/posts/pfbid02eTRMKj8ajKev6jruoB2gKjM3MjALAdf35QuCkKTfaMbAWeyYiU8JBTWQ8m3YDQbfl

Perbezaan Antara Manusia Dan Kemanusiaan

 

Sikap yang mereka tunjukkan mengingatkan kita kepada sikap DS Najib semasa Anwar Ibrahim dimasukkan ke dalam hospital.

Ketika itu, DS Najib adalah Perdana Menteri manakala Anwar adalah seorang banduan yang sedang menjalani hukuman di penjara Sg Buloh.

Bukan setakat memberikan arahan supaya pihak Kementerian Kesihatan memberikan rawatan sewajarnya, malah DS Najib juga menziarahi Anwar yang terlantar di hospital.

DS Najib tidak meminta layanan istimewa dari mana-mana pihak.

Beliau hanya meminta supaya diberikan rawatan yang sepatutnya.

Mengapakah itu juga turut dinafikan?

Baca di sini:

https://www.instagram.com/p/CiZOzWWhOd7/

Timbul tandatanya, apakah keengganan pihak KKM memberikan DS Najib rawatan yang sepatutnya adalah atas arahan pihak-pihak tertentu?

Sukar untuk dihentikan cakap-cakap tersebut kerana menurut mereka sekiranya di jabatan lain ada campurtangan pihak tertentu, tidak mustahil di KKM berlaku perkara yang sama.

Bagi penulis, apa yang terbentang di hadapan mata mengajar kita untuk membezakan antara manusia dan kemanusiaan.

Benar pesan orang-orang tua kita, dalam dunia haiwan, tidak ada manusia tetapi dalam dunia manusia, terdapat banyak haiwan!!!

 

Gopal Sri Ram Kata Keadaan DS Najib Teruk, KKM Kata DS Najib Sihat, PM Membisu Seribu Kata

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker