11 Alasan Jabatan Peguam Negara Membayangkan Sokongan Terhadap RCI Tommy Thomas

11 Alasan Jabatan Peguam Negara Membayangkan Sokongan Terhadap RCI Tommy Thomas

11 Alasan Jabatan Peguam Negara Membayangkan Sokongan Terhadap RCI Tommy Thomas

Seperti yang kita semua ketahui, Jabatan Peguam Negara memberikan 11 alasan kepada mahkamah mengapa pendakwaan ke atas DS Zahid patut dihentikan.

Untuk rekod, berikut adalah 11 alasan yang diberikan:

1) Setelah memanggil 15 saksi termasuk tertuduh sendiri, keterangan saksi ini perlu diteliti oleh pihak pendakwaan dan penyiasat.

2) DS Zahid telah mengemukakan 2 representasi kepada Jabatan Peguam Negara (AGC).



Masing-masing bertarikh 8 Disember 2022 dan 25 Januari lalu.

3) Lanjutan representasi tersebut, pihak SPRM pada 20 Januari, memaklumkan kepada AGC bahawa adalah penting untuk siasatan dengan lebih terperinci dilakukan.

4) DS Zahid sekali lagi mengemukakan empat lagi representasi yang membangkitkan isu dan bukti baharu.

Sudah semestinya memerlukan SPRM untuk menyiasat perkara-perkara berkenaan, pada 28 Februari dan 7 Mac lalu.



5) Surat representasi ini turut menyentuh isu siasatan dilakukan sebelum, semasa dan selepas pertuduhan di mahkamah.

Ia dikatakan dibuat secara terburu-buru, cuai, pramatang dan tidak lengkap.

6) Ini menyebabkan reputasi dan nama baik AGC selaku pihak pendakwaan dan SPRM selaku badan penyiasat tercemar.

Dan dilihat melalui kaca mata umum seolah kedua-dua jabatan ini merupakan institusi undang-undang yang telah diperalatkan oleh pihak tertentu.

7) Bagi tidak menafikan hak DS Zahid atau lebih penting, tiada salah laku di sisi undang-undang, pendakwaan percaya bahawa pertuduhan terhadap beliau perlu diberhentikan buat masa ini.

Tetapi hanya memberikan kesan lepas tanpa bebas sehingga siasatan yang lebih menyeluruh dan lengkap selesai.

Sokongan AGC Terhadap Penubuhan RCI

8) Mahkamah ambil maklum mengenai pengumuman kerajaan untuk menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI).

Ianya bagi menyiasat isu-isu yang dibangkitkan dalam buku memoir bekas Peguam Negara Tan Sri Tommy Thomas bertajuk ‘My Story: Justice In the Wilderness’.

Pendedahan oleh Tommy, berkaitan pertuduhan dibuat terhadap individu-individu tertentu.

9) DS Zahid turut membangkitkan isu yang amat serius iaitu beliau menjadi mangsa pendakwaan terpilih daripada rejim Kerajaan sebelum ini.

Peguam Negara berpendapat, amat penting untuk pihak pendakwaan dan SPRM melihat dan turut menyiasat dakwaan ini.

10) Selaras dengan penubuhan RCI, antaranya menyiasat dakwaan pelanggaran tanggungjawab profesional oleh pemegang jawatan tertinggi dalam negara ini.

11) Baru-baru ini, satu memo dalaman dikatakan dikeluarkan oleh AGC berkaitan kes yang sedang dibicarakan ini telah tular di media sosial.

AGC mengambil langkah untuk menentusahkan kandungan memo dalaman tersebut.

Dari alasan ke 8 hingga ke 10, membayangkan sokongan AGC terhadap penubuhan RCI Tommy Thomas.

Tidak ada alasan untuk kerajaan menangguhkannya lagi apabila pihak AGC sendiri sudah bersetuju.

Namun begitu, melalui alasan ke 6, ke 10 dan ke 11, jelas sekali pihak AGC berpendapat RCI tidak hanya tertumpu ke atas buku Tommy Thomas.

Setiap individu yang terbabit dalam konspirasi memperalatkan institusi dan juga undang-undang negara juga wajar disiasat.

Ini termasuk mantan Ketua Pesuruhjaya SPRM, Latheefa Koya dan juga mantan perdana menteri, Dr Mahathir.

RCI juga tidak sepatutnya hanya terhad kepada badan eksekutif, tetapi juga mesti mencakupi badan kehakiman negara.

Setiap individu yang selama ini memperalatkan badan eksekutif dan badan kehakiman, wajar disiasat.

Dan sekiranya ada asas untuk melakukan pendakwaan, maka hendaklah dilakukan tanpa mengambilkira siapa mereka.

 

11 Alasan Jabatan Peguam Negara Membayangkan Sokongan Terhadap RCI Tommy Thomas

 

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker