Kelab Arab Saudi masih buru Ronaldo

LONDON: Manchester United sekali lagi mendapat tawaran dari Arab Saudi bagi mendapatkan penyerang veteran, Cristiano Ronaldo.

Penyerang Portugal berusia 37 tahun itu mahu keluar dari Old Trafford musim ini bagi terus bermain dalam Liga Juara-Juara.

Bagaimanapun hanya juara Arab Saudi, Al Hilal menawarkan tawaran walaupun pencabarnya, Al Nassr juga dikatakan berminat.

Ketika perpindahan ke Timur Tengah tampak tidak menjadi keutamaan bekas pemain Real Madrid itu buat masa ini, kelab di sana sedang memantau situasi berkenaan.

Dan mereka ada sumber yang boleh memberikan tawaran besar pada perpindahan Januari atau musim panas depan jika mereka boleh menukar keputusan Ronaldo.

Dia masih ada kontrak di Old Trafford sepanjang musim ini selain kelab ada pilihan untuk menyambungnya selama 12 bulan lagi.

Ronaldo hanya bermula sekali dalam enam aksi selaku kesebelasan utama United musim ini dan tidak berada di tahap sebenar apabila diberikan peluang berdepan Real Sociedad minggu lalu.

Bintang Portugal itu pastinya tidak gembira dengan kehidupan di United tidak seperti Christian Eriksen.

AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker