Keluarga Malaysia wujud lagi selepas PRU15?

Perubahan sosio politik Malaysia

Oleh – Bakhtiar Omar


Keluarga Malaysia wujud lagi selepas PRU15?

Selepas PRU15, adakah masih wujud lagi Keluarga Malaysia seperti sekarang atau satu jenama baru akan muncul? Menelusuri perkembangan politik Malaysia selepas Mei 2018, terlalu banyak kejutan dan perubahan telah berlaku dalam politik.



Mei 2018 menyaksikan Barisan Nasional kehilangan penguasaan selepas 6 dekad menerajui pembangunan sosio ekonomi dan politik Malaysia sejak 1957.

Pakatan Harapan yang berjaya menyingkirkan BN dari Putrajaya membawa satu era politik yang telah menyebabkan kerosakan besar berpanjangan. Bermula dengan ‘politik dendam’ yang dipraktikkan, konflik dalaman PH juga mewarnai suasana politik Malaysia.

Selepas berlaku kegagalan ‘gestapo politik’ mengambil alih tampuk, Mahathir (PM) ketika itu membuat kejutan meletakkan jawatannya. Timbul huru-hara politik dengan ‘Sheraton Move’ menyebabkan sebuah kerajaan baru dibentuk.

Keluarga Malaysia wujud lagi selepas PRU15?



Dengan penubuhan Perikatan Nasional sebagai sebuah kerajaan, cabaran baru terpaksa dihadapi seuruh rakyat Malaysia. Era pemerintahan PN diberikan pelbagai gelaran, antaranya Kerajaan Gagal, Kerajaan PKP dan Kerajaan ‘Roadblock’

Walaupun Muhyiddin cuba membawa imej ‘Abah’ sebagai tanda prihatin untuk rakyat, beliau tetap menjurus kepada kegagalan serta ‘politik dendam’ berikutan parti beliau sendiri merupakan sisa-sisa PH.

Ogos 2021, selepas tekanan demi tekanan diberikan terhadap Kerajaan Gagal, ‘Abah melepaskan jawatannya sebagai PM dan meyerahkannya kepada Ismail Sabri, maka bermula pula era Keluarga Malaysia.

Sejarah dalam rekod politik Malaysia terlakar apabila 3 buah kerajaan dibentuk sepanjang tempoh penggal Parlimen. 



‘KELUARGA MALAYSIA’ BUKAN PILIHAN PH & PN

Keluarga Malaysia wujud lagi selepas PRU15?

Biarpun dinamakan Keluarga Malaysia, pembentukan kerajaan masih dibayangi PH dan PN. Kebanyakan senarai Menteri merupakan sebahagian yang dilantik semasa era Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional.

Kini, tempoh sepenggal Parlimen sudah hampir tamat dan desakan agar parlimen dibubarkan semakin kedengaran. Namun, suara-suara tersebut tidak diendahkan malah pelbagai alasan diberikan hanya untuk mencukupkan tempoh tamat penggal Parlimen.

Apa yang menjadi tandatanya, mampukah Keluarga Malaysia kembali menjadi jenama kepada kerajaan baru selepas PRU15? Seperti diketahui, Pakatan Harapan, Perikatan Nasional telah mempunyai calon Perdana Menteri masing-masing. Jadi dimanakah tempatnya Ismail Sabri Yaakob pula selepas PRU15?



Ini sebenarnya yang perlu difikirkan kerana Ismail Sabri hanyalah Perdana Menteri dengan sokongan Perikatan Nasional dan diberikan kepercayaan oleh Umno kerana jawatannya selaku Naib Presiden Umno.

Mahukah PN atau PH bersama mempertahankan Keluarga Malaysia jika merasakan Ismail Sabri merupakan PM terbaik yang perlu dikekalkan?

Tepuk dada, tanya selera. Jika bukan Umno yang mempertahankan Ismail Sabri, siapa lagi yang akan bersama tetapi imej beliau kini bukan lagi pilihan sebahagian besar rakyat Malaysia.

Penafian – Artikel ini tidak melambangkan pendirian dan tidak mewakili pihak MyTvOnline segala komen adalah tanggungjawab sendiri.



 

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button