Kenali ubat darah tinggi anda



Oleh – Ku Zairi Ku Kamal


Kenali ubat darah tinggi anda

Penyakit darah tinggi merupakan antara penyakit yang boleh menghinggapi semua orang. Ia antara pembunuh senyap selain serangan jantung.

Namun demikian, tidak ramai mengetahui jenis ubat dan alahan terhadap ubat darah tinggi yang dibekalkan. Pesakit juga perlu ambil tahu serta mengenali ubat darah tinggi sekiranya diperskripsi Doktor.

Pada perbicaraan semalam, Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Seri Gopal Sri Ram memaklumkan mahkamah beliau diberitahu oleh Jabatan Penjara, keadaan Najib agak teruk selepas menukar ubat darah tingginya dan perlu dirujuk ke Hospital Kajang. – Berita Harian

Semalam, bekas Perdana Menteri, Dato Sri Najib Razak dikejarkan ke Hospital Kajang berikutan kesan ubat darah tinggi terhadap dirinya.



Hari ini media melaporkan kemungkinan Najib akan dirujuk ke Institut Jantung Negara berikutan masalah kesihatan beliau.

Datuk Seri Najib Razak yang dimasukkan ke wad Hospital Kuala Lumpur (HKL) sejak semalam selepas mengalami masalah tekanan darah, berkemungkinan dirujuk ke Institut Jantung Negara (IJN) hari ini.

Peguamnya, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah mengesahkan perkara itu ketika ditemui pemberita selepas prosiding di Mahkamah Tinggi hari ini yang sepatutnya mendengar perbicaraan penyelewengan dana 1Malaysia Development Berhad (1MDB) yang dihadapi Najib.

Jenis ubat darah tinggi

 

  • PERENCAT ACE
  • ARBS
  • PENGHALANG BETA
  • CCBS
  • DIURETIK
  • Ia adalah sejenis enzim yang menukarkan angiotensin I kepada angiotensin II.
  • Apabila terbentuk, angiotensin II menyebabkan otot pada dinding saluran darah mengecut.
  • Ini menjadikan saluran darah sempit, seterusnya meningkatkan tekanan darah.
  • Perencat ACE berfungsi dengan menghalang aktiviti ACE daripada menghasilkan angiotensin II, seterusnya menuurunkan tekanan darah.
  • Ubat ini melambatkan komplikasi tekanan darah tinggi melibatkan buah pinggan dan diabetis

Kesan sampingan

  • Batuk
  • Tekanan darah rendah
  • Mudah penat
  • Sakit kepala
  • Tahap potassium darah meningkat

Contoh ubat 

  • Enalapril
  • Captopril
  • Ramipril

ARBS

  • Cara ARBs bekerja hampir sama dengan perencat ACE.
  • Jika perencat ACE menghalang penghasilan angiotensin II, ARBs pula menghalang angiotensin II daripada berfungsi ke atas reseptor angiotensin II.
  • Kesannya, saluran darah akan kembang dan tekanan darah dapat diturunkan

Kesan sampingan hampir sama dengan ACE.

Contoh ubat

  • Losartan
  • Valsartan
  • Irbersatan

PENGHALANG BETA

  • Ubat ini menghalang aktiviti hormon adrenaline dan noradrenaline ke atas reseptor beta yang berada pada organ-organ tertentu termasuk otot pada saluran darah.
  • Hormon ini membuatkan saluran darah mengecut.
  • Dengan menghalang reseptor beta, ubat ini membantu mengembangkan saluran darah serta menurunkan tekanan darah.
  • Dalam masa yang sama, ia juga mungkin menyebabkan saluran pernafasan mengecut.
  • Oleh sebab itu pesakit asma tidak dinasihatkan mengambil penghalang beta

Kesan sampingan

  • Penat
  • Pening lalat
  • Sesak nafas
  • Mati pucuk
  • Tekanan darah rendah

Contoh ubat

  • Atenolol
  • Labetalol
  • Bisoprolol

Perhatikan juga kesan sampingan

 

CCBs

  • Untuk membuatkan otot mengecut, kalsium akan masuk ke dalam sel-sel otot melalui saluran tertentu.
  • CCBs berfungsi mencegah kalsium masuk ke dalam otot dengan menghalang salurannya.
  • Keadaan ini akan mengurangkan kekuatan jantung mengepam darah, seterusnya mengurangkan tekanan darah.

Kesan sampingan

  • Tangan dan kaki bengkak (peripheral edema)
  • Sembelit
  • Sesak nafas
  • Ruam
  • Sakit kepala

Contoh CCBs

  • Amlodipine
  • Diltiazem
  • Verapamil

DURETIK

  • Diuretik atau juga dikenali sebagai pil air adalah antara ubat paling lama digunakan untuk merawat tekanan darah tinggi.
  • Ia berfungsi ke atas buah pinggang dan membuatkan badan membuang lebih banyak air melalui air kencing.
  • Pengurangan cecair mengurangkan beban yang perlu ditanggung oleh jantung serta mengurangkan tekanan darah.
  • Pesakit yang mengambil ubat ini akan kerap ke tandas.

Kesan sampingan

  • Dehidrasi
  • Tahap potassium darah rendah
  • Tekanan darah rendah
  • Mudah letih
  • Gula darah naik
  • Tahap urik asid naik

Contoh Duretik

  • Hydrochlorothiazide
  • Furosemide
  • Chlorthiadone

Jenis ubat darah tinggi yang disebut di atas adalah sebahagian daripada pilihan yang paling kerap digunakan.

Terdapat juga ubat-ubatan lain seperti penghalang alpha, clonidine dan minoxidil.

Kebiasaannya, rawatan akan dimulakan dengan satu jenis ubat.

Jika tekanan darah masih tidak terkawal, kombinasi beberapa ubat mungkin diperlukan.

Petikan asal – hellodoktor.com



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker