Ryzal Kini Didenda RM10 Ribu Atau 6 Bulan Penjara

‘Bergurau’ Busana Tradisional Wanita Iban Sebagai Kain Buruk

Ryzal Kini Didenda RM10 Ribu Atau 6 Bulan Penjara

Ryzal Kini Didenda RM10 Ribu Atau 6 Bulan Penjara

Kepelbagaian kaum adalah salah satu ciri utama Malaysia yang memperkukuh identiti negara ini di persada antarabangsa.

Dalam kepelbagaian tersebut, corak pakaian adalah satu aspek yang sangat mencorakkan keunikan budaya setiap kaum.

Namun, dalam keadaan moden di mana media sosial menjadi platform utama untuk berinteraksi, seringkali kita menyaksikan situasi di mana pakaian sesebuah kaum dibawak main atau dihina, walaupun sekadar untuk tujuan hiburan atau konten semata-mata.



Perlu diingat bahawa dalam masyarakat yang berbilang kaum seperti Malaysia, setiap budaya dan pakaian tradisional mempunyai nilai dan makna yang mendalam.

Bergurau atau menghina pakaian sesebuah kaum, walaupun sekadar dalam konteks hiburan, boleh memberi kesan yang serius kepada individu dan masyarakat.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

‘Kem Hamzah’ kekal terjamin dengan sokongan dari PAS


Baru-baru ini, pempengaruh media sosial Ryzal Duriankimchi didenda sebanyak RM10,000 atau enam bulan penjara oleh Mahkamah Sesyen Miri, Sarawak selepas mempersenda busana tradisional wanita Iban ‘ngepan indu’.

Ryzal Kini Didenda RM10 Ribu Atau 6 Bulan Penjara

 

Memetik satu kenyataan, Hakim Azreena Aziz berkata hukuman tersebut dikenakan ke atas Ryzal atau nama sebenarnya Nik Muhammad Ryzal Nik Ibrahim setelah meneliti kesemua aspek termasuk pengakuan salah dan rayuan tertuduh, keterangan fakta kes serta mengambil kira kepentingan awam.

Memetik laporan penuh Kosmo, pendakwaan dilakukan Timbalan Pendakwa Raya (TPR) Mohd Fillanny Siji dan dibantu TPR Ahmad Ihsan Jalalludin. Suami kepada pempengaruh juga pelakon Maryam juga itu didakwa mengikut Seksyen 233 (1) (a) (ii) Akta Multimedia dan Komunikasi 1998 (Akta 588).

Ryzal Kini Didenda RM10 Ribu Atau 6 Bulan Penjara

 

Selain itu, peguam bela Firdaus Morshidi yang mewakili pemilik Ryzal, 31, memohon agar hukuman ke atas anak guamnya diringankan memandangkan ini adalah kesalahan pertamanya.



Namun, pihak pendakwa memohon agar tertuduh dikenakan hukuman setimpal sebagai peringatan atau pengajaran kepada masyarakat agar tidak melakukan kesalahan serupa.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Rafizi Sahut Cabaran Lim Sian See Tapi…

Ryzal Kini Didenda RM10 Ribu Atau 6 Bulan Penjara

 

Tindakan Ryzal yang tidak menghormati pakaian tradisional kaum Iban bukan sahaja memberi kesan kepada pengadu tetapi keseluruhan masyarakat Iban.

Sebelum ini, sebanyak 27 laporan polis yang dibuat terhadap Ryzal berhubung kejadian menghina telah dikemukakan pihak pendakwaan untuk diterima pakai sebagai bahan bukti mahkamah.

Pada 27 Mei 2021, seorang pengadu membuat laporan polis dengan mendakwa bapa kepada seorang anak itu mempersendakan pakaian tradisional kaum Iban menerusi laman Facebook.

Ryzal yang berasal dari Kota Bharu, Kelantan didakwa menyamakan busana ‘ngepan indu’ seperti ‘sementing duit syiling’ yang sepatutnya disimpan dalam poket, ‘tango’ sebagai kain alas peti televisyen, ‘kain kebat atau kain karap’ sebagai kain buruk dan ‘ngepan Iban’ sebagai langsir.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker