Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?

Dalam ucapan penggulungan ketika PAU 2023, Presiden UMNO, DS Zahid Hamidi, menyatakan UMNO sedia menimbangkan semula untuk menerima mereka yang dikenakan tindakan disiplin.

Namun begitu, ianya bergantung kepada sikap mereka ketika berada di luar UMNO.

Sekiranya mereka masih lagi menunjukkan kesetiaan kepada parti, UMNO sedia mempertimbangkan sekiranya mereka membuat permohonan.

Mungkin kenyataan DS Zahid itu lahir dari desakan Ketua Pemuda UMNO, Dr Akmal Saleh, yang mahu supaya pengkhianat UMNO itu diterima semula.

Persoalannya, wajarkah UMNO bersifat belad dan ehsan kepada pengkhianat parti tersebut?

Atau mungkinkah UMNO akan dilihat zalim sekiranya tidak menimbangkan semula penyertaan mereka?

Pengkhianatan yang mereka lakukan telah memberikan impak yang bukan kecil kepada parti.

Impak yang paling besar adalah kekalahan terbesar UMNO di dalam sejarah ketika PRU 15.

Mereka bertanggungjawab atas kekalahan yang sangat mengaibkan itu.

Parti disabotaj dari luar dan dalam.

Parti dicerca ketika berkempen PRU 15.

Pemimpin dan bekas pemimpin UMNO dihina sesuka hati mereka.

Jangan Di Patuk Ular Yang Sama Buat Kali Kedua

Ketika PRU 15, penulis mendapat maklumat, selepas pukul 2.00 petang di hari mengundi, tidak sampai 50% pengundi putih UMNO keluar mengundi.

Ada yang penulis temui selepas PRU 15 mendakwa, tidak ada siapa yang datang mengambil mereka ke pusat pengundian seperti kelazimannya?

Ke mana perginya jentera parti ketika itu.

Majoriti dari jentera parti yang penulis temui kemudian mendakwa, ada orang ‘bayar’ mereka untuk tidak mengambil pengundi UMNO.

Ada pula yang mendakwa, ada orang lain yang ‘bayar’ mereka untuk mengeluarkan pengundi PN!!!

Kita juga dapat melihat dengan jelas, bagaimana pengkhianat tersebut memainkan peranan memecahbelahkan akar umbi UMNO.

Pesidangan Agung UMNO cuba mereka sabotaj.

Pemimpin akar umbi cuba dirasuah untuk menentang kepimpinan utama parti.

Selepas PRU 15, mereka masih lagi melakukan onar sehingga negara tidak mempunyai kerajaan selama 3 hari selepas pilihanraya.

Malah hingga sekarang, usaha yang sama masih dilakukan.

Mahukah kita melihat UMNO sekali lagi dihuru-harakan atas nama mahu berjiwa besar dan berlapang dada?

Atas segala onar yang mereka lakukan, akar umbi boleh memafkan mereka, tetapi untuk menerima mereka kembali, tidak sama sekali.

 

Wajarkah Pengkhianat UMNO Di Terima Semula?

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker