Pemandu Teksi Rindukan Zaman Najib

Pemandu Teksi Rindukan Zaman Najib

Pemandu Teksi Rindukan Zaman Najib

Era pra PRU 14, pemandu teksi adalah antara kumpulan yang sangat kuat menyokong Pakatan Harapan.

Malah, Penasihat Big Blue Taxi Facilities Sdn Bhd, Shamsubahrin Ismail, pernah ‘mengugut’ kerajaan BN ketika itu.

Menurut beliau, syarikat Big Blue teksi sahaja mempunyai 5,000 orang pemandu teksi dan beliau boleh mempengaruhi lebih 180,000 pemandu teksi di seluruh negara untuk menolak BN.



Walau pun beliau pernah ditegur oleh Timbalan Perdana Menteri ketika itu, DS Zahid Hamidi, tetapi beliau dengan tegas mengatakan ‘ugutan’ terhadap kerajaan akan tetap diteruskan.

Baca di sini:

https://www.astroawani.com/berita-malaysia/pemandu-teksi-sokong-ph-saya-akan-ugut-lebih-lagi-shamsubahrin-165386

Kenyataannya, sepanjang pemerintahan BN di bawah kepimpinan DS Najib yang menjadi Perdana Menteri ketika itu, golongan pemandu teksi adalah antara golongan yang banyak mendapat bantuan.



Kad bantuan teksi 1Malaysia yang bernilai RM800 untuk petrol dan NGV, subsidi untuk menukar tayar, subsidi untuk mengeluarkan teksi baharu dan pelbagai lagi bantuan diberikan.

Baca di sini:

1) https://m.facebook.com/najibrazak/photos/a.294787430951/10151337138460952/?type=3

2) https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2018/04/330411/pemandu-teksi-terima-kad-bantuan-rm800

Usai PRU 14, Pakatan Harapan yang disokong kuat oleh pemandu teksi berjaya membentuk kerajaan selepas menumbangkan BN.

Apakah Pakatan Harapan benar-benar membela nasib pemandu teksi sebagaimana ynag mereka janjikan sebelum PRU 14?

2 kejadian yang berlaku memberikan jawapannya.

Pertama kejadian pemandu teksi Langkawi yang marah terhadap Perdana Menteri PH, Dr Mahathir sewaktu pertemuan beliau dengan pemandu teksi Langkawi.

Dan kedua kejadian pemandu teksi berdemo beramai-ramai di hadapan pejabat Kementerian Kewangan di Putrajaya.

Kedua-dua kejadian berlaku di era pemerintahan Pakatan Harapan.

Baca di sini:

1) https://www.hmetro.com.my/utama/2018/10/388217/tun-m-kesal-tindakan-biadap-pemandu-teksi

2) https://www.malaysiakini.com/news/447686

Pemandu Teksi Mula Merindui Zaman Najib Razak

Selepas Pakatan Harapan tumbang, muncul pula kerajaan Perikatan Nasional yang dipimpin oleh pemimpin yang mempunyai DNA PH, Muhyiddin Yasin.

Nasib pemandu teksi semakin tertekan apabila Muhyiddin mengurung rakyat Malaysia selama 2 tahun.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/122245/edisi/na/pemandu-teksi-pulang-tangan-kosong-terjejas-akibat-pkp

Kini selepas melalui era pemerintahan Pakatan Harapan dan Perikatan Nasional, pemandu teksi mula menyedari kesilapan mereka.

Tidak ada kerajaan yang lebih baik dari kerajaan yang ditubuhkan oleh BN.

Tidak ada Perdana Menteri yang lebih mengambil berat mengenai kesusahan rakyat selain dari DS Najib Razak.

Mereka mula menyebut kembali bantuan yang pernah mereka terima di era DS Najib.

Baca di sini:

https://www.sinarharian.com.my/article/220637/berita/nasional/pemandu-teksi-harap-bantuan-one-off-petrol

Dan mereka sangat merindui zaman Najib Razak.

 

Pemandu Teksi Rindukan Zaman Najib

 

Di Syorkan Untuk Anda:

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Related Articles

One Comment

  1. Bila pemerintah tidak menjaga kebajikan kami pemandu teksi takkan kami nak undi. Walau siapa pun mereka dan parti apapun mereka sepatutnya kemakmuran negara dikongsi bersama bukan hanya kepada segelintir sahaja yang mewah sedangkan kebanyakan rakyat melarat. Kesinpulannya kalau nak undi kami maka kerajaan hendaklah menjaga kebajikan kami. Kami tak mintak pun macam macam, yang kami mahukan satu undang undang yang sama kepada semua pemain industri. Bukan seperti sekarang bila ada syarikat bebas ada syarikat ditekan ada permainan harga dan ada kawalan harga . Ada kena bayar insuran penumpang beribu ada yang tak perlu ambil insurans penumpang langsung. Ada bebas mencekik darah rakyat ada yang ambil lebih seringgit pun kena mengadap di Putrajaya. Kenyataan nya ketidakadilan yang diwujudkan kerajaan sengaja menindas kami pemandu teksi.

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker