Pengawal pantai Greece lepas tembakan amaran ke arah kapal Turki

Pengawal pantai Greece lepas tembakan amaran ke arah kapal Turki

ATHENS: Pengawal pantai Greece melepaskan tembakan ke arah sebuah kapal kargo yang berlayar di perairan antarabangsa di Laut Aegean.

Tindakan itu meningkatkan lagi ketegangan yang semakin memuncak dengan Turki sejak beberapa minggu kebelakangan ini.

Lapor Al Jazeera, Pengawal Pantai Turki menerusi kenyataan memaklumkan tiada kemalangan jiwa dilaporkan dalam kejadian tembakan di 20 kilometer barat daya Pulau Bozcaada di Turki.



Jelas kenyataan, selepas insiden tembakan itu, dua kapal pengawal pantai Turki pergi ke perairan itu sebelum kapal peronda Greece meninggalkan lokasi tersebut.

Sementara itu, Pengawal Pantai Greece mengesahkan pihaknya melepaskan tembakan amaran ke arah sebuah kapal `mencurigakan’ di perairan negara itu di luar Pulau Lesbos.

Menurut pengawai Pengawal Pantai Greece, kapten kapal kargo itu enggan membenarkan pemeriksaan dilakukan dan kemudian dibawa ke perairan Turki berdekatan.

Jelasnya, beliau sudah memaklumkan mengenai kejadian itu kepada pihak berkuasa maritim di Turki.



Kawasan perairan itu terkenal dengan kebanyakan kapal yang membawa pendatang dari Turki ke beberapa negara Kesatuan Eropah (EU) seperti Greece dan Itali.

Pengawal Pantai Greece menegaskan pihaknya sentiasa melakukan pemeriksaan secara berkala terhadap kapal-kapal yang `mencurigakan’ di Aegean.

Kapal ala “James Bond” yang bernama 007 karam di Greece

Pengawal pantai Greece lepas tembakan amaran ke arah kapal Turki

 

DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Percepat PRU, elak niat jahat pembangkang

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker