Seorang lelaki dibunuh hanya sebab kunyah tembakau berhampiran Kuil Emas



Kuil Emas di Amritsar, India yang dianggap suci oleh penganut agama Sikh.

AMRITSAR, India – Polis India menyatakan pada Jumaat lalu bahawa pihaknya menahan tiga anggota sebuah mazhab Sikh radikal yang dituduh menetak seorang pemuda hingga mati kerana mangsa mengunyah tembakau berhampiran Kuil Emas iaitu kuil paling suci agama Sikh.

Harmanjeet Singh, 22, terbunuh selepas pertengkaran dengan tiga orang Nihang. Ninhang merupakan pahlawan Sikh yang berpakaian jubah biru, membawa pedang dan menguatkuasakan peraturan agama berkenaan berhampiran Kuil Emas.

Ketiga-tiga mereka menuduh Harmanjeet mabuk dan mengambil tembakau yang mana kedua-dua perbuatan itu dilarang oleh agama Sikh.

“Insiden itu berlaku di khalayak ramai,” kata Pesuruhjaya Polis Amritsar, Arun Pal Singh kepada pemberita Khamis lalu, sehari selepas pembunuhan berlaku.



Orang ramai melihat keseluruhan insiden itu di Bazar Kahia Wala Bazar malam Rabu lalu tetapi tidak tampil untuk menghalangnya

Polis menahan ketiga-tiga lelaki itu petang Jumaat lalu, kata beberapa pegawai kepada agensi berita AFP.

Perlindungan tempat suci itu adalah isu yang sangat sensitif kepada penganut Sikh, manakala pengambilan tembakau, minuman keras atau dadah di tapak suci dianggap mencemarkan Kuil Emas.

Pembunuhan itu berlaku di bazar tersebut yang jaraknya beberapa minit berjalan kaki dari Kuil Emas. Kuil itu menempatkan ibu pejabat pendeta paling kanan agama Sikh dan kitab sucinya, Guru Granth Sahib.



Bekas perdana menteri India, Indira Gandhi telah dibunuh oleh pengawal peribadinya yang berbangsa Sikh pada 1984 selepas beliau mengarahkan serangan kejam oleh tentera ke atas Kuil Emas untuk mengusir kumpulan pemisah.

Pembunuhannya mencetuskan tindakan balas dendam berdarah di New Delhi yang menyebabkan hampir 3,000 orang Sikh dibunuh.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker