Ten Hag ajar Ajax cara belasah Liverpool

LONDON: Bos Ajax, Alfred Schreuder mahu meniru pencapaian Erik ten Hag berdepan Liverpool dalam saingan Liga Juara-Juara awal pagi esok.

Ten Hag, yang meninggalkan kelab dari Amsterdam itu musim lalu, membantu kelab baharunya Manchester United menang 2-1 mengatasi Liverpool bulan lalu.

Dan kini Schreuder, 49, yang tiba dari Club Brugge, juga berharap dapat mengatasi kelab bimbingan Jurgen Klopp, sama seperti dilakukan United.

Pengendali dari Belanda itu yang juga penolong Ten Hag selama 18 bulan sebelum menyertai Hoffenheim pada 2019, berkata: “Saya sudah melihat perlawanan United dan apa yang mereka lakukan.

“Ada beberapa perkara yang mereka lakukan dan boleh digunakan kami.

“Anda perlu bagus mengawal bola berdepan pasukan seperti ini. Anda perlu ada keazaman dan keberanian. Keberanian ialah kunci. Jika anda ada itu, anda akan ada peluang.”

Schreuder bagaimanapun bimbang Liverpool akan bangkit selepas kekalahan 4-1 kepada Napoli minggu lalu.

Katanya: “Saya rasa Klopp akan meminta pemainnya bermain secara bertahan bukan seperti dilakukan mereka sebelum ini. Pengurus mengakui jika anda tidak bermain baik.

“Kami jangka akan melalui perlawanan sukar. Kami juga bagus. Kami cuba bermain dengan cara kami. Anda perlu ada keberanian dan esok, jika kami boleh melakukannya, kami akan ada peluang.

“Jika ia tidak ada, ia akan menjadi sesuatu yang sukar, terutama buat saya,” katanya. – AGENSI

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker