17 terbunuh dalam tempoh 72 jam di Colombia



17 terbunuh dalam tempoh 72 jam di Colombia

17 terbunuh dalam tempoh 72 jam di Colombia

BOGOTA: Sekurang-kurangnya 17 orang terbunuh dalam tempoh tiga hari di Colombia berikutan siri keganasan yang melanda negara ini.

Di bandar Barranquilla di utara Colombia, enam orang ditembak mati oleh kumpulan bersenjata ketika menikmati minuman di sebuah bar.

Menurut polis, geng pengedar dadah, Gulf Clan melakukan serangan itu terhadap ahli kumpulan pesaing, Los Costenos.



Di santander, seorang guru, isteri dan dua anaknya dibunuh kumpulan penyerang pada pagi Ahad lalu.

Lima pendatang rakyat Venezuela dituduh terlibat dalam pembunuhan tersebut sebelum kesemuanya maut dalam satu kejadian balas dendam.

Malam Sabtu lalu, seorang pemimpin kesatuan ditembak mati oleh dua penunggang motosikal bersenjata di bandar pelabuhan, Barrancabermeja.

Insiden itu merupakan kes pembunuhan ke-126 terhadap pemimpin kesatuan sejak negara ini menandatangani perjanjian damai 2016 dengan gerila Marxist Revolutionary Armed Forces of Colombia. – AFP



Pesara tentera Colombia mengaku bunuh 120 orang

17 terbunuh dalam tempoh 72 jam di Colombia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Menara Merdeka 118 Legasi Najib mula bawa pulangan kepada Rakyat.

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker