32 penyanyi, pemuzik saman PRISM Berhad



32 penyanyi, pemuzik saman PRISM Berhad

32 penyanyi, pemuzik saman PRISM Berhad
Penyanyi dan pemuzik memfailkan notis usul dan afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi tindakan saman terhadap PRISM Berhad ketika sidang media di Crystal Chambers, di sini, petang ini. – NSTP/Faiz Anuar

SHAH ALAM: Seramai 32 penggiat seni merangkumi penyanyi dan pemuzik memfailkan satu notis usul berserta afidavit bagi mendapatkan kebenaran Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bagi tindakan saman demi menuntut pembayaran royalti daripada badan pelesenan, Performers Rights and Interest Society of Malaysia Berhad (PRISM).

Notis usul dan afidavit difailkan menerusi firma Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofiah pada 9 September lalu dan ia adalah tindakan mahkamah yang julung kali dibuat penggiat seni.

Wakil Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofian, Datuk Kamaruzaman Muhammad Arif berkata, berdasarkan perlembagaan PRISM Berhad, bayaran royalti pelaku hendaklah diagihkan satu kali dalam tempoh setahun.



“Namun, tiada sebarang pengagihan dibuat kepada penyanyi dan pemuzik sehingga kini walaupun dituntut antara 2017 hingga 2021.

“Tindakan ini untuk mendapatkan satu pengisytiharan terhadap wang royalti dikutip. Jika wang kutipan tidak diagihkan dengan betul dan proses kutipan tidak mengikut lunas perundangan boleh disabitkan dengan kesalahan.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Ini baru langkah pertama. Kita mahu mengesan mana perginya wang royalti dan kenapa tidak diagihkan. Jika duit sudah habis, ke mana ia pergi dan sekiranya dibelanjakan, siapa yang mengawal selia.

“Adakah perbelanjaan sah dari segi undang-undang? Kami juga ingin tahu bagaimana pengiraan royalti dan sistem apa yang digunakan,” katanya pada sidang media di Crystal Chambers, di sini, petang ini.

32 penyanyi, pemuzik saman PRISM Berhad
Datuk Kamaruzaman Muhammad Arif dari Tetuan Kamaruzaman Arif & Sofian mewakili barisan penyanyi yang mengheret PRISM Berhad ke peringkat perundangan. – NSTP/Faiz Anuar

Antara penggiat seni memfailkan notis usul dan afidavit adalah Datuk Jamal Abdillah, Datuk DJ Dave, Datuk J Sham, S Atan, Aris Ariwatan, Ibnor Riza, Azharina Azhar, Ezlynn, Julian Blues Gang, Renggo Arrow, Ali Terra Rossa, Ajin Blackrose, Norshila Amin, Nai Dinamik, Beego, Razis Ismail dan Leina Hangat.

Kamaruzzaman menambah, pihaknya menolak sekiranya pihak defendan yang terbabit dengan isu royalti PRISM Berhad itu ingin menyelesaikannya di luar mahkamah.

“Kami gunakan jalan perundangan untuk mendapatkan pencerahan dan jawapan. Ini kerana plaintif mahu menuntut hak mereka dikembalikan.

“Agensi diamanahkan itu dilihat gagal mengagihkan royalti dalam tempoh lima tahun. Jalan penyelesaian terbaik adalah selesai di mahkamah.

“Ini bukan sahaja perjuangan 32 ahli yang bersetuju memfailkan notis usul dan afidavit, tetapi juga mampu memberikan manfaat kepada 1,632 ahli PRISM lain dan golongan pelapis,” katanya.

Konflik royalti PRISM tercetus selepas berlaku pertikaian perundangan antara Public Performance Sdn Bhd (PPM), Recording Industry Malaysia (RIM) dan PRISM Berhad.

Susulan itu, PRISM Berhad digulungkan menerusi perintah Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 2018 yang mengakibatkan segala urusan pentadbiran dikawal selia Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI).

Konflik ini turut menjejaskan pengagihan kutipan royalti di kalangan ahli PRISM Berhad.

Caprice, Nadir Selesai Beri Keterangan Kepada Polis

32 penyanyi, pemuzik saman PRISM Berhad


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Caprice, Nadir Selesai Beri Keterangan Kepada Polis

 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker