39 pelajar, 3 ibu bapa diperiksa dalam Op Didik

Putrajaya: Polis membuat pemeriksaan terhadap 39 pelajar termasuk tiga ibu bapa serta 28 motosikal dalam Op Didik di kawasan Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Putra Perdana, Sepang di sini, hari ini.

Ketua Polis Daerah (IPD) Sepang Asisten Komisioner Wan Kamarul Azran Wan Yusof berkata, operasi itu dijalankan Bahagian Siasatan dan Penguatkuasaaan Trafik (BSPT) IPD Sepang dengan mensasarkan pelajar dan ibu bapa yang menunggang motosikal ke sekolah.

Menurutnya, operasi iu bertujuan memberi advokasi bagi mendidik pelajar serta ibu bapa mengenai kepentingan mematuhi undang-undang dan peraturan lalu lintas.

“Operasi diadakan bermula 6.30 pagi sehingga 8 pagi itu memberi teguran dan nasihat kali pertama kepada penunggang yang melakukan kesalahan,” katanya.



Wan Kamarul berkata, polis menasihatkan ibu bapa agar memainkan peranan dan mengambil tanggungjawab bagi memastikan keselamatan anak-anak yang menggunakan kenderaan ke sekolah.

Menurutnya, mereka perlu mematuhi peraturan jalan raya dan kenderaan yang ditunggang juga perlu memenuhi syarat seperti mempunyai cukai jalan yang sah dan insurans bagi mengelak berhadapan masalah sekiranya berlaku kemalangan.

Katanya, penunggang juga dinasihatkan agar sentiasa memakai topi keledar ketika menunggang motosikal dan dilarang mengubahsuai kenderaan secara berlebihan seperti bunyi bising dan nombor pendaftaran ‘fancy’.

“Operasi ini akan diteruskan dan bagi yang melakukan kesalahan diingatkan supaya tidak mengulangi perbuatan sama,” katanya.



METRO

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker