Australia bersedia hadapi La Nina

Australia bersedia hadapi La Nina

Australia bersedia hadapi La Nina
penduduk setempat meredah banjir di Windsor, pinggir Sydney, Australia, di mana fenomena La Nina dijangka berterusan hingga hujung tahun, membawa lebih banyak hujan. – Foto AP

SYDNEY: Kebanyakan kawasan di Australia bakal berdepan hujan lebat dalam tempoh beberapa bulan akan datang, susulan fenomena La Nina.

La Nina disahkan akan melanda negara itu untuk tahun ketiga berturut-turut dan dijangka berterusan hingga tahun depan.

Biro Meteorologi Australia menegaskan, ramalan mengenai corak cuaca di Australia tahun ini, yang sebelum ini meramalkan cuaca lembap dan berangin ketika musim panas.



Amaran berkenaan meletakkan kawasan pesisir timur negara itu yang padat dengan penduduk dalam keadaan berjaga-jaga, ketika kebanyakan penduduk masih terkesan dengan banjir akibat La Nina baru-baru ini.

Cuaca La Nina menyebabkan suhu permukaan laut di timur Lautan Pasifik lebih sejuk berbanding kebiasaan, manakala air di barat Pasifik tropika lebih panas, sekali gus menjana kelembapan yang menyebabkan hujan di timur dan tengah Australia.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Menurut Biro Meteorologi Australia, fenomena La Nina adalah antara faktor yang akan membawa negara itu memasuki fasa basah dengan kemungkinan lebih 80 peratus hujan melebihi purata di kebanyakan kawasan di timur Australia.



Cuaca tidak menentu di Australia mencetus kebakaran hutan terburuk dalam tempoh satu generasi pada hujung 2019 dan awal 2020, disusuli dua La Nina yang menyebabkan air sungai melimpah, dengan ribuan kediaman musnah akibat banjir.

Profesor adjung di Institut Teknologi Persekitaran Masa Depan Universiti Queensland, Mark Gibbs, menyifatkan khabar itu sebagai berita buruk kepada komuniti, perniagaan, pemilik dan penyewa rumah.

“Ini bakal mencetuskan masalah kepada mereka yang masih dalam proses pemulihan daripada banjir baru-baru ini, terutama cabaran terkini untuk mendapatkan perkhidmatan pembinaan dan bekalan bahan binaan,” katanya. – REUTERS

“Kalau aku tiba-tiba mati, tolong jaga Nina & Musa untuk aku” – Noh Salleh



Australia bersedia hadapi La Nina


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


 



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button