Bayern Munich menewaskan Barcelona 2-0



MUNICH: Dua gol dalam tempoh tiga minit di babak kedua, termasuk jaringan menarik daripada Leroy Sane, membantu Bayern Munich menewaskan Barcelona 2-0 dalam aksi Kumpulan C Liga Juara-Juara Eropah.

Pertahanan Bayern, Lucas Hernandez menanduk masuk bola sepakan sudut untuk membuka jaringan, dan Sane memastikan kemenangan buat tuan rumah.

Bekas penyerang Manchester City itu, yang menjaringkan satu gol dan membantu satu lagi ketika kemenangan 2-0 ke atas Inter Milan pada aksi pembukaan, sekali menjadi wira pasukannya ketika Barca menunjukkan kebangkitan selepas babak pertama yang sengit.

Penyerang Jerman itu melambungkan bol melepasi penjaga gol, Marc Andre ter Stegen pada minit ke-54, hanya tiga minit selepas tandukan Hernandez meletakkan Bayern di depan hasil sepakan sudut Joshua Kimmich.



Penyerang Barca, Robert Lewandowski yang kembali buat pertama kali ke laman pasukan lamanya, mendapat tepukan gemuruh daripada penyokong Bayern ketika sesi memanaskan badan.

“Saya rasa ia perlawanan yang cukup beremosi buat Lewy – kepulangan ke halaman pasukan lamanya di mana banyak kejayaan diraih di sini,” kata kapten Bayern, Manuel Neuer.

Lewandowski mempunyai beberapa peluang untuk membuka jaringan, tetapi tersasar dan dinafikan oleh Neuer.

Bayern akan bertandang ke Camp Nou untuk aksi di laman Barcelona itu pada 26 Oktober.



AFP



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker