Cucur Udang Rangup Tanpa Air Kapur

Cucur Udang Rangup Tanpa Air Kapur
Cucur Udang Rangup Tanpa Air Kapur

Jom tengok Che Nom masak cucur udang kali ni yang cukup rangup dan cukup sedap. Sebelum ni Che Nom pernah kongsi resepi cucur udang yang menggunakan nasi sejuk untuk rangup dan lembutkan cucur.

Ada satu lagi cara untuk rangupkan cucur udang, iaitu dengan hanya menggunakan ais ketul atau ais atau air batu. Itu sahaja, tak ada guna serbuk penaik, tak ada guna air kapur jadi lebih mudah. Selepas itu adunan perlu diperapkan seketika untuk reaksi tepung dan air, dan juga untuk aktifkan natural yeast sebelum menggoreng.



Untuk udang pula Che Nom guna udang sayur, udang kecil tapi manis rasa isi nya. Kalau style utara wajib hidang dengan kuah kacang. Cara untuk buat kuah kacang sempoi pun ada dalam resepi ni. Memang cukup lengkap.

 

Bahan-bahan:

 

Bahan-bahan:

    • 4 cawan tepung gandum
    • 1 sk serbuk kunyit
    • 1 biji bawang besar
    • 1 ikat daun kuchai
    • 2 cawan air (tabah lagi jika perlu)
    • 1 mangkuk kecil ais batu
    • 1-2 sk gula
    • Garam secukup rasa
    • 1 mangkuk taugeh
    • 1 mangkuk kecil udang sayur
    • Timun
    • Telur rebus

Bahan-bahan kuah kacang:



    • 2 senduk kacang tanah kisar
    • 2 biji bawang merah
    • 3 ulas bawang putih
    • 1/2 inci halia
    • 2-3 sb cili kisar
    • 2 sb udang kering
    • 2 sb gula nisan ATAU gula melaka
    • 1-2 sb air asam jawa
    • Sedikit garam
    • 1 sb tepung jagung
    • 1 sb kicap manis

Cara Penyediaan:

Cara-cara untuk cucur udang:

    1. Potong memanjang daun kucai dan potong dadu bawang besar.
    2. Masuk tepung gandum, serbuk kunyit, garam, bawang besar, air dan daun kucai dalam mangkuk. Kacau sebati.
    3. Masukkan ais dan gula. Kacau lagi dan tambah air jika perlu.
    4. Perap adunan minimum 1 jam.
    5. Masukkan taugeh dan udang.
    6. Panaskan sudip dalam minyak panas.
    7. Senduk adunan cucur atas sudip tadi dan tambah lagi udang atas adunan cucur.
    8. Goreng sampai keperangan dan angkat.
    9. Potong dan hidang bersama kuah kacang, timun dan telur rebus.

Cara-cara untuk kuah kacang:

    1. Kisar kasar kacang tanah.
    2. Cincang halus bawang merah, bawang putih dan halia.
    3. Basuh bersih udang kering dan tumbuk halus.
    4. Tumis bahan cincang halus sampai.
    5. Masuk cili kisar dan kacau sampai pecah minyak.,
    6. Masukkan udang kering tumbuk dan kacau sebati.
    7. Masukkan kacang tanah dan masuk air
    8. Masuk gula nisan, kicap manis, garam dan masask sampai mendiddih
    9. Masuk air asam jawa dan air tepung jagung. Masak sampai 5-10 minit dan siap.

Tip:

  • Kalau guna garam kasar, boleh bancuh dulu dengan air, nanti makan takut tergigit garam pulak.
  • Lebih senang goreng cucur udang dengan senduk yang bulat dari sudip yang leper.
  • Boleh ganti gula nisan dengan gula melaka, gula merah atau gula putih, tapi gula putih lebih manis jangan letak banyak sangat.

https://my-tv.online/2021/10/11/resepi-cucur-udang-mak-janda-meletup/

Cucur Udang Rangup Tanpa Air Kapur


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :




Menara Merdeka 118 Legasi Najib mula bawa pulangan kepada Rakyat.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button