Dr. Normah terima gelaran Profesor Emeritus

(Dr. Normah Omar menerima anugerah Profesor Emeritus daripada Canselor Universiti Teknologi Mara (UiTM), Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah sempena Istiadat Konvokesyen UiTM ke-94 di Dewan Agung Tuanku Canselor, Shah Alam, Sabtu lalu)

 

Oleh Azrin Muhammad

SHAH ALAM – Wanita pertama paling berpengaruh dalam bidang Kewangan Islam oleh Cambridge International Finance Advisory tahun 2020, Dr. Normah Omar menerima gelaran Profesor Emeritus dalam Istiadat Konvokesyen Universiti Teknologi MARA (UiTM) ke-94.

Acara yang berlangsung pada Sabtu lalu itu menyaksikan Dr. Normah menerima gelaran itu daripada Canselor UiTM, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah atas sumbangan dan kepakaran dalam bidang Kriminologi Kewangan Islam.

Menurut satu kenyataan, Normah berjaya menaikkan taraf kedudukan usahawan wanita di peringkat nasional dengan membangunkan produk-produk baharu Kewangan Islam.

Turut berangkat ke majlis itu ialah Pro-Canselor UiTM, Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Menteri Pengajian Tinggi, Datuk Seri Dr. Noraini Ahmad.

Istiadat Konvokesyen UiTM Ke-94 berlangsung secara bersemuka bermula 10 hingga 29 September 2022, melibatkan 21,851 graduan yang menerima sijil penganugerahan ijazah dan diploma dalam bidang masing-masing.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker