EMA tingkat promosi pelajar Australia ke Malaysia

(Datuk Seri Abdul Razak Jaafar (tiga dari kiri) menerima kunjungan daripada Education Malaysia Australia (EMA) yang diketuai Pengarahnya, Dr. Fahmi Abdul Rahim (dua dari kanan) di Bangunan KPT, semalam)

 

Oleh Azrin Muhammad



PUTRAJAYA – Education Malaysia Australia (EMA) komited mempromosikan sektor pendidikan tinggi Malaysia di Australia menerusi program mobiliti pelajar Australia yang boleh dimanfaatkan di bawah inisiatif program New Colombo Plan (NCP).

Pengarahnya, Dr. Fahmi Abdul Rahim berkata, EMA telah memulakan promosi mobiliti secara intensif di Australia untuk menjadikan Malaysia sebagai destinasi pilihan utama di bawah NCP yang telah diperkenalkan semula oleh Kementerian Luar Negara dan Perdagangan Australia pada 2014.

“Selaras dengan status Comprehensive Strategic Partnership di antara kedua-dua negara yang termeterai pada tahun lalu, EMA telah melancarkan pelbagai inisiatif untuk menjayakan hasrat kami.

“EMA telah melancarkan Study in Malaysia Mobility Ambassador, Diplomacy Tour – Promotion on Malaysian Mobility Programmes, Virtual Education Mobility Fair, dan pelaksanaan Familiarisation Visit Australian Higher Education Institutes,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.



Terdahulu, Fahmi mengetuai delegasi EMA mengadakan kunjungan rasmi ke Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) sebagai lanjutan daripada sesi libat urus antara KPT dengan institut pengajian tinggi (IPT) di Australia.

Turut hadir, Ketua Setiausaha KPT, Datuk Seri Abdul Razak Jaafar, Timbalan Ketua Setiausaha KPT (Dasar), Datuk Dr. Megat Sany Megat Ahmad Supian, Setiausaha Bahagian, Bahagian Hubungan Antarabangsa KPT, Datin Noorazah Omar dan Pengarah, Bahagian Education Malaysia, Dr. Azmir Mohd Nizah.

Menurut Fahmi, kunjungan dimulakan dengan pembentangan beberapa perkembangan pencapaian terkini mengenai promosi yang telah dijalankan sebelum diteruskan dengan pembentangan laporan berkenaan cadangan pewujudan Kursi Pengajian Melayu di Australia.

“Cadangan mengenai Kursi Pengajian Melayu di Australia masih dalam peringkat perbincangan antara universiti awam (UA) tempatan dengan Australian National University (ANU) yang akan dilaksanakan melalui ANU Southeast Asia Institute tidak lama lagi,” katanya.



Related Articles

Leave a Reply

Back to top button