Hendak beli beras satu kilogram pun susah

Hendak beli beras satu kilogram pun susah

Hendak beli beras satu kilogram pun susah

KEBUMEN: ‘Sudah lama saya tidak mendapat bekalan beras sebanyak ini. Hasil pendapatan saya hanya mampu membeli beras satu kilogram setiap hari’.

Itu adalah luahan seorang daripada penarik beca, Nasrudin yang mendapat bantuan beras lima kilogram daripada polis Kebumen, Jawa Tengah.



Katanya, bantuan itu dapat meringankan bebannya untuk membeli beras bagi keperluan harian keluarganya sekurang-kurangnya untuk masa seminggu.

“Terima kasih saya ucapkan kerana bantuan beras ini amat bermakna untuk saya dan keluarga.

“Jarang sekali saya mendapatkan beras sebanyak ini,” katanya seperti yang dilaporkan Kompas.com.

Nasrudin memberitahu, jumlah penumpang yang semakin sedikit menjadi cabaran buatnya untuk mendapatkan sumber pendapatan.



Katanya, ada hari dia terpaksa pulang dengan tangan kosong kerana tiada penumpang menaiki becanya.

“Ada masa, saya berasa tidak sihat, menyebabkan saya perlu berehat dua tiga hari sebelum kayuh beca semula.

“Jika saya tidak kayuh beca, bagaimana keluarga saya ingin makan? Dengan bantuan ini, saya boleh tarik nafas lega sedikit,” ujarnya

Menara Merdeka 118 Legasi Najib mula bawa pulangan kepada Rakyat.



Hendak beli beras satu kilogram pun susah


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Menara Merdeka 118 Legasi Najib mula bawa pulangan kepada Rakyat.



 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button