MH17: ICAO putuskan dengar kes terhadap Russia

MH17: ICAO putuskan dengar kes terhadap Russia
MH17: ICAO putuskan dengar kes terhadap Russia

MONTREAL: Majlis Penerbangan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) mengundi dan memutuskan untuk mendengar kes terhadap Russia berhubung insiden pesawat Malaysia Airlines MH17 yang ditembak jatuh pada tahun 2014.

Perkara itu diumumkan oleh Menteri Luar Australia dan Belanda.

Kedua-dua negara itu memulakan tindakan berhubung insiden MH17 pada tahun lalu di Pertubuhan Penerbangan Awam Antarabangsa (ICAO).

Pesawat Boeing 777 itu melakukan penerbangan dari Lapangan Terbang Schiphol, Amsterdam ke Kuala Lumpur pada 17 Julai 2014, sebelum ditembak jatuh di timur Ukraine yang dikuasai oleh kumpulan pemberontak pro-Rusia sehingga mengakibatkan kesemua 298 penumpang dan anak kapal terkorban.

Siasatan antarabangsa mendakwa peluru berpandu BUK adalah milik Briged Peluru Berpandu Anti-Pesawat ke-53 tentera Rusia yang berpusat di bandar Kursk bertanggungjawab terhadap insiden tersebut.

Australia berkata, Russia bertanggungjawab mengikut undang-undang antarabangsa dan membawa kes itu ke ICAO yang akan menjadi satu langkah ke hadapan dalam memperjuangkan keadilan buat mangsa termasuk 38 warganegara itu.

Menteri Luar Australia, Penny Wong dalam satu kenyataan memaklumkan ICAO mengekalkan bidang kuasanya untuk mendengar perkara itu ketika dalam satu sesi semalam.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


“Keputusan ini merupakan langkah penting dalam usaha kolektif kami untuk mengheret mereka bertanggungjawab atas tindakan keganasan mengerikan ini,” katanya.

Sementara itu, Menteri Luar Belanda, Wopke Hoekstra pula menyifatkan keputusan untuk mendengar kes itu sebagai langkah penting untuk menegakkan kebenaran, keadilan dan akauntabiliti.

“Bersama dengan Australia, kami akan terus melakukan segala-galanya di bawah bidang kuasa kami untuk memberi keadilan untuk ahli keluarga mangsa,” katanya menerusi ciapan di Twitter.

Russia menafikan sebarang pembabitan dalam insiden itu dan delegasi ICAO dari negara berkenaan enggan memberi komen berhubung perkara itu. – REUTERS

Putin lulus peluru berpandu tembak MH17, dakwa penyiasat

MH17: ICAO putuskan dengar kes terhadap Russia


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :

Mahathir mahu “Hijack” Perikatan Nasional pula

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker