Ismail Sabri dalam “radar’ PH untuk ditumbangkan.

 

Oleh Adam Malik.

 Rancangan Pakatan Harapan sama dengan rancangan Tun Mahathir.

“Common enemy’ mereka ada lah UMNO dan Barisan Nasional.

Ini kerana Ketika Pakatan Harapan memerintah bersama Tun Mahathir, banyak penyelewengan telah berlaku tapi tiada pendakwaan kerana tiada kesempatan lagi.

Maka , BN sudah disasar menjadi musuh utama PH , PN dan GTA.

Ini kerana ketiga entiti ini tiada matlamat memerintah negara.

Maka , untuk maju kehadapan , satu musuh mesti diujudkan untuk platform berkempen.

Najib Razak sudah dikira sebagai misi terlaksana , dan Presiden UMNO Ahmad Zahid juga dikira sebagai bakal kedalam.

Maka, sasaran waktu ini adalah Datuk Seri Ismail Sabri , sebelum beralih ke Tok Mat Hassan.

Bukan kerana benci Ismail Sabri , tetapi atas sebab Ismail Sabri mewakili UMNO (walaupun tidak) maka , jatuhkan DSIS umpama jatuh kan Barisan Nasional.

Setelah DSNR disenyapkan , maka DSIS pula kini jadi sasaran PH.

Isu2 negara, baik dari hal ekonomi dan sosial akan dipalitkan kepada sebab2 kelemahan DSIS sebagai Perdana Menteri.

Sedangkan DSIS sekadar mewarisi kepimpinan gagal Muhyiddn Yassin.

Namun, itu jalan yang DSIS pilih, itu lah harga yang perlu dibayar.

Di pihak UMNO mereka sudah ‘detach’ kan diri mereka dari kepimpinan Ismail Sabri.

Menteri2 UMNO dalam kabinet Muhyiddin Yassin hampir 100% diwarisi oleh DSIS, dan mereka semua anti Presiden.

Hendak menukar Menteri pun DSIS perlu tanya “Boss” nya dari pihak sebelah sana, begitu juga dengan perlantikan Peguam Negara.

Hal ini sangat difaham oleh pihak Anwar Ibrahim dan Rafizi Ramli.

Mereka tahu DSIS adalah ‘puppet PM” dan ‘toothless tiger’ melainan jika hendak bertindak negatif kepada UMNO sahaja yang DSIS tidak perlu rujuk kepada pihak sebelah sana.

Maka, kini untuk menjatuhkan BN dan UMNO, pihak2 dari PH hanya perlu menyebut kelemahan DSIS dan kesilapan kerajaan dan menteri2 yang bukan dari UMNO.

Itu sudah memadai.

DSIS akan diperangkap dengan kisah skandal Menteri dari parti Bunga , misal nya seperti kisah LCS dan Menterinya dari Bunga Dr Latif.

PH juga menyedari ahli akar umbi UMNO tidak akan petahankan DSIS melainkan jentera DSIS yang diliaht sangat lemah dan tidak ‘capable’ bertahan dan menjawap isu.

Selama ini  juga jentera MEDSOS DSIS telah tersalah sasar serangan mereka.

Mereka lebih ghairah menyerang sesama pihak sendiri terutama pihak Presiden dan mantan Presiden.

Mereka lansung tidak menyerang musuh utama UMNO seperti PH, Tun Mahathir dan PN.

Kini, mereka ‘off guarded’ dan terkejut apabila Anwar dan Rafizi lancer serangan besar2ran terhadap DSIS.

DSIS dilaporkan sedang gigih meminta sokongan dari Ketua Bahagian UMNO dengan lawatan kesana sini.

Namun , sejauh mana dapat sokongan tidak diketahui.

Maka , amat malang , selain yang dikejar tidak dapat , yang digendung pula bakal keciciran.

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker