Jangan Manipulasi Titah Agong

 

Jangan Manipulasi Titah Agong

Jangan Manipulasi Titah Agong

Ada beberapa pihak dilihat sedang giat berusaha untuk mempengaruhi SPB YDP Agong dalam membuat keputusan terhadap petisyen pengampunan DS Najib.

Perlu ditegaskan, kuasa pengampunan adalah hak prerogatif SPB YDP Agong dan sebagai rakyat, tidak boleh kita cuba memandu pendirian baginda.

Perkara 42(1) secara jelas menyatakan perkara tersebut:

  • Yang di-Pertuan Agong berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan yang telah dibicarakan oleh mahkamah tentera dan segala kesalahan yang dilakukan di dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, Labuan dan Putrajaya; dan Raja atau Yang di-Pertua Negeri sesuatu Negeri berkuasa memberi ampun, tunda hukum dan lega hukum berkenaan dengan segala kesalahan lain yang dilakukan di dalam Negerinya.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/cat289562/published/perkara42-ma.html

Di dalam perkara 42 Perlembagaan Persekutuan menjelaskan, satu-satunya badan yang perlu baginda dapatkan nasihat, adalah Lembaga Pengampunan.

Bukannya dari mana-mana badan yang lain.

Hatta, baginda YDP Agong juga tidak terikat dengan nasihat dan pandangan dari Raja Raja Melayu yang lain.

Dan sekiranya baginda memperkenankan pengampunan, ianya tidak boleh dicabar dalam mana-mana mahkamah.

Ini adalah hujah yang kukuh dalam membuktikan kuasa pengampunan adalah hak prerogatif SPB YDP Agong.

Namun sekiranya pengampunan hendak diberikan ke atas hukuman yang dijatuhkan oleh mahkamah di mana negeri tersebut mempunyai raja, maka ia adalah kuasa raja negeri berkenaan.

Jangan Manipulasi Titah SPB YDP Agong

Sebagaimana yang telah dititahkan sendiri oleh SPB YDP Agong, keadilan dan pengampunan tidak boleh digunakan sewenang-wenangnya.

Ini adalah titah SPB YDP Agong, di mana kedudukan baginda adalah sebagai Ketua Utama Negara sebagaimana yang terdapat dalam Perkara 32 Perlembagaan Persekutuan.

Baca di sini:

http://www.jpapencen.gov.my/CAT289562/Published/perkara32-Ma.Html

Kami dapati ada pihak telah cuba untuk memanipulasi kenyataan penuh YDP Agong dalam isu pengampunan.

Kami sertakan ucapan penuh SPB YDP Agong dalam isu keadilan dan pengampunan.

Titah baginda:

“Kuasa menghukum dan memberi pengampunan tidak wajar digunakan sewenang-wenangnya kerana ia bakal dipertanggungjawabkan kelak di hari kemudian”.

“Ketidakadilan pelaksanaan undang-undang juga akan menyebabkan pihak yang lemah menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa”.

“Keadilan tidak akan tercapai jika undang-undang tidak dilaksanakan secara konsisten dan adil kerana falsafah di sebalik penggubalan sesuatu undang-undang sudah ternoda”.

“Akibatnya, pihak yang lemah akan menjadi mangsa kepada pihak yang memiliki kuasa”.

“Maka, titik permulaan menghalalkan penindasan dan kezaliman akan berlaku dalam sesuatu sistem pemerintahan”.

“Keadilan tidak akan tercapai jika roh keadilan tidak terkandung dalam sanubari mereka yang diberikan amanah untuk mentadbir keadilan,” titah baginda.

Baca di sini:

https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2022/09/996776/kuasa-menghukum-pengampunan-tidak-wajar-digunakan-sewenang-wenangnya

Jadi janganlah ada pihak yang cuba memetik titah baginda di luar konteks sebenar, walau atas alasan apa sekali pun.

Baca di sini:

https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2022/09/12/rakyat-perlu-faham-proses-pengampunan-dilaksana-ikut-undang-undang-titah-sultan-selangor/

Secara jelas, baginda YDP Agong menekankan kuasa menghukum dan kuasa mengampun mestilah tidak disalahgunakan.

Kerana menurut baginda, itu adalah asas kepada keadilan yang menjadi teras kepada Kedaulatan Undang Undang negara.

Benar, pengampunan mempunyai prosedur dan tidak boleh disalahgunakan, tetapi jangan pula kita lupa, keadilan juga mempunyai prosedur dan tidak boleh disalahgunakan.

Adalah lebih baik membebaskan 100 orang yang besalah dari menghukum seorang yang tidak bersalah.

 

Jangan Manipulasi Titah Agong

 

Di Syorkan Untuk Anda:

Temui Kami:

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker