Dana Iklan Digital OHSEM bantu PKS

Dana Iklan Digital OHSEM bantu PKS

Dana Iklan Digital OHSEM bantu PKS
FAHMI berucap ketika melancarkan Dana Iklan Digital OHSEM bernilai RM21 juta. FOTO Rohanis Shukri

Kuching: Komuniti perusahaan kecil dan sederhana (PKS) Malaysia dapat menjana lebih pendapatan dan berpeluang mengembangkan perniagaan menerusi inisiatif Dana Iklan Digital OHSEM.

Pengasas Anas Popcorn iaitu jenama tidak asing lagi di Sarawak, Kawi Li berkata, inisiatif yang dilancarkan kerajaan itu dapat membantu PKS terbabit untuk menceburi ekonomi digital melalui kerjasama dengan platform kandungan tempatan.

“Setiap bulan, Anas Popcorn akan membelanjakan lebih RM3,000 untuk pemasaran dan pengiklanan menggunakan platform media sosial, radio dan sepanduk.

“Justeru, pengumuman inisiatif kerajaan ini adalah sangat tepat pada masanya yang memberikan manfaat kepada PKS dan juga platform kandungan tempatan, khususnya PKS yang berpotensi untuk pergi jauh dalam industri,” katanya kepada Bernama.

Beliau berkata, pengiklanan melalui pelbagai platform memainkan peranan penting dalam mempromosikan produk PKS terutamanya selepas pandemik Covid-19 yang ‘memaksa’ masyarakat untuk melabur dalam ekonomi digital.


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Anwar Dan Muhyiddin, Siapa Penipu Nombor Wahid

Sebelum ini, Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil melancarkan Dana Iklan Digital OHSEM bernilai RM21 juta, antara inisiatif bagi menggalakkan usahawan PKS membuat pengiklanan menerusi platform kandungan tempatan.

Beliau berkata, jika sebelum ini PKS perlu membayar RM8,000 untuk capai 100,000 audiens, menerusi inisiatif itu mereka hanya perlu membayar RM1,000 sahaja, iaitu diskaun sehingga lebih 85 peratus.

Fahmi berkata, inisiatif itu dapat memberikan impak kepada tiga pihak iaitu PKS, platform kandungan tempatan dan ekonomi negara.

Dana Iklan Digital OHSEM ialah kerjasama antara Dattel Asia Group (DTL), REV Media Group (REV) dan Perbadanan Ekonomi Digital Malaysia (MDEC).

Dana Iklan Digital OHSEM bantu PKS


DISYORKAN UNTUK ANDA :

Antara Azmin Ali dan Harisson, ‘Skandal’ siapa lebih besar?

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker