Aksi persahabatan uji pemain Negeri Sembilan

Oleh – Syeikh Baran


Aksi persahabatan uji pemain Negeri Sembilan
Negeri Sembilan (jersi kuning) tumpas 1-0 di tangan Putrajaya FC pada aksi persahabatan di Stadium UPM, Serdang malam tadi. – Foto Negeri Sembilan FC

Penolong jurulatih Negeri Sembilan FC (NSFC), K Nanthakumar mengakui pemain pasukan itu belum mencapai tahap prestasi terbaik selepas memulakan sesi latihan awal bulan ini.

Beliau bagaimanapun yakin prestasi skuad Hobin Jang Hobin akan dapat ditingkatkan menjelang Liga Super bermula Mei depan.



“Kami jangkakan akan ada lebih banyak peningkatan ditunjukkan pemain dalam perlawanan selepas ini.

“Memang kami rancang untuk mengadakan lebih banyak aksi pemanas badan sebagai persiapan memantapkan pasukan sebelum saingan liga bermula.

“Tidak dinafikan banyak aspek yang perlu ditingkatkan terutama di bahagian serangan, namun setakat ini banyak kemajuan dicapai,” katanya mengulas mengenai aksi persahabatan dengan Putrajaya FC di Stadium UPM, Serdang malam tadi.

Dalam aksi itu, Negeri Sembilan tewas 1-0.



Sumber – BERITA HARIAN

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button