Padah memandu di bawah umur

 

KUANTAN -Satu Ops Khas Pengarah telah dilaksanakan di Jalan Teluk Sisek, Kuantan bermula jam 09.00 malam dan tamat pada jam 12.00 tengah malam di ketuai oleh Ketua Unit Operasi Jabatan Pengangkutan Jalan Negeri Pahang KPPP, Amirudin Bin Ahmad bersama 6 pegawai dan 25 anggota lain memfokuskan kepada kenderaan jenis persendirian motosikal dan motokar yang tidak memiliki lesen memandu dan LKM tamat tempoh serta nombor pendaftaran yang tidak mengikut spesifikasi yang telah ditetapkan.
Hasil daripada 792 buah kenderaan diperiksa, sebanyak 195 telah diambil tindakan dengan pelbagai kesalahan iaitu sebanyak 363 kes. Antara kesalahan yang dikesan adalah 115 kes tiada lesen memandu , 67 kes lesen kenderaan motor tamat tempoh dan tiada pelindungan insurans , 30 kes nombor pendaftaran , 26 kes kesalahan teknikal dan 3 kes memandu di bawah umur. Lima buah motosikal turut disita di atas pelbagai kesalahan dan 1 buah motosikal di atas kesalahan menggunakan kenderaan yang tidak didaftarkan.
Pengarah JPJ Negeri Pahang Tuan Kamarul Iskandar Bin Nordin menyeru kepada ibu bapa supaya memberikan perhatian yang lebih kepada anak-anak yang belum memiliki lesen memandu agar tidak membenarkan mereka memandu kenderaan di atas jalan raya, yang mana mereka ini masih belum lagi mendapat pendedahan berkaitan teknik pemanduan yang betul serta sistem perundangan yang terdapat di atas jalan raya.
Ada di antara mereka ini yang masih di bawah umur yang belum melayakkan mereka mendapatkan lesen memandu. Perkara ini boleh mengundang bahaya terhadap anak-anak dan juga pengguna jalan raya yang lain. Sama-samalah kita bekerjasama dalam mewujudkan iklim pemanduan yang lebih selesa dan selamat demi kepentingan bersama serta dapat menurunkan kadar kemalangan di dalam negara kita.
Turut hadir bersama dalam operasi kali ini ialah Timbalan Pengarah JPJ Negeri Pahang Tuan Zulhalmi bin Darwis.
JPJ Negeri Pahang

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker