PDRM mohon MLA dokumen suami Zeti

PDRM mohon MLA dokumen suami Zeti

PDRM mohon MLA dokumen suami Zeti
Leissner dilaporkan menyebut kegiatan rasuah membabitkan Tawfiq mengenai projek usaha sama PetroSaudi-1MDB. – Foto NSTP/SAIFULLIZAN TAMADI

KUALA LUMPUR: Dokumen dan keterangan berhubung siasatan terhadap suami bekas Gabenor Bank Negara, Datuk Dr Tawfiq Ayman berkaitan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) perlu melalui proses Mutual Legal Assistance (MLA) supaya dapat diterima di mahkamah Malaysia.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani, berkata PDRM sudah mengemuka permohonan mengikut MLA melalui Jabatan Peguam Negara kepada pihak berkuasa Singapura, pada 22 April lalu.

“PDRM sudah mengenal pasti dokumen dan keterangan yang diperlukan untuk membantu siasatan.



“Bagaimanapun untuk memastikan dokumen dan keterangan tersebut boleh diterima di mahkamah Malaysia, ia perlu melalui proses Mutual Legal Assistance (MLA) yang dikendalikan oleh Pejabat Peguam Negara.

PDRM mohon MLA dokumen suami Zeti
Tim Leissner didakwa di AS.

“Pada April 2022, PDRM telah mengemuka permohonan di bawah MLA melalui Jabatan Peguam Negara kepada pihak berkuasa Singapura,” katanya hari ini.


DISYORKAN UNTUK ANDA :


Pada April lalu, Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman, Datuk Mohd Kamarudin Md Din berkata, pihaknya sudah mengenal pasti dokumen dan keterangan yang diperlukan untuk siasatan ke atas Tawfiq.

Kamarudin berkata, pasukan penyiasat PDRM sudah berbincang dengan Commercial Affair Department (CAD) Singapura pada 29 hingga 31 Mac lalu.



Tawfiq yang juga suami kepada Tan Sri Dr Zeti Akhtar Aziz disiasat susulan dakwaan menerima dana berkaitan 1MDB, namun beliau menerusi firma guaman Tetuan Jagjit, Ariff & Co menjelaskan tidak pernah menerima sebarang bentuk rasuah daripada sesiapa.

Tawfiq mendakwa, beliau tidak mengenali individu bernama Tim Leissner atau Roger Ng, jauh sekali bertemu dan berkomunikasi dengan mereka.

Kenyataan itu hadir susulan keterangan diberikan Leissner yang juga bekas pengerusi syarikat perbankan, Goldman Sachs pada prosiding perbicaraan terhadap bekas pegawai bawahannya, Roger Ng di Mahkamah Tinggi Brooklyn, New York, awal tahun ini.

Dalam perbicaraan itu, Leissner dilaporkan menyebut kegiatan rasuah membabitkan Tawfiq mengenai projek usaha sama PetroSaudi-1Malaysia Development Berhad (1MDB).

Sebelum ini, SPRM dalam laporannya mendedahkan, sekurang-kurangnya RM65 juta dana berkaitan 1MDB diambil semula dari Singapura, yang disimpan syarikat milik Tawfiq.

Siasatan ke atas Tawfiq itu dibuat mengikut Seksyen 4(1)(a) Akta Pencegahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001.

Kenyataan Tawfiq dan seorang anaknya dirakam pada April tahun lalu.

1MDB:Pendakwa raya gesa Goldman disabitkan bersalah

PDRM mohon MLA dokumen suami Zeti


DISYORKAN UNTUK ANDA :

LAWATI LAMAN FACEBOOK KAMI :


Menara Merdeka 118 Legasi Najib mula bawa pulangan kepada Rakyat.

 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker