Pesara swasta kerugian RM143,200 ditipu scammer kurier penghantaran

KANGAR – Seorang pesara syarikat swasta kerugian sebanyak RM143,200 apabila terpedaya dengan sindiket Macau Scam yang menyamar sebagai pekerja syarikat kurier di Kangar, di sini.

Ketua Polis Daerah Kangar, Asisten Komisioner Yusharifuddin Mohd Yusop, berkata wanita berusia 65 tahun itu dikatakan menerima panggilan telefon pada 5 September lalu daripada individu yang memperkenalkan diri sebagai pekerja syarikat kurier.

Katanya, pekerja syarikat kurier itu mendakwa, mangsa mempunyai barang terlarang yang didaftarkan atas nama mangsa dan menggesanya segera membuat laporan polis.

“Pekerja syarikat kurier itu kemudian menyambungkan panggilan berkenaan kepada seorang pegawai polis yang didakwa dari Kedah dan meminta mangsa menyalurkan maklumat akaun bank dan akaun simpanan Tabung Haji serta maklumat nombor kad mesin pengeluaran wang (ATM) mangsa untuk tujuan siasatan,” katanya dalam satu kenyataan media, hari ini.

Katanya, tanpa berfikir panjang, mangsa yang ketakutan dengan perkembangan berlaku, segera kongsikan semua maklumat akaun bank dan nombor kod perbankan.

“Tanpa disedari mangsa, wang dalam akaun bank sudah dipindahkan ke dalam akaun suspek sebanyak lapan kali transaksi bermula 5 September hingga Isnin lalu yang berjumlah RM143,200.

Beliau berkata, mangsa menyedari bahawa dirinya diperdaya apabila melihat wang simpanannya ‘lesap’.

“Mangsa kemudian membuat laporan polis di Balai Polis Kangar semalam dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu.

© Berita Harian 

Related Articles

Leave a Reply

Back to top button

Adblock Detected

Please consider supporting us by disabling your ad blocker